SEARCH

Sekitar Pelancaran Eksklusif Mamonde Red Energy Recovery Serum untuk Watsons Bersama Park Shin Hye

Sekitar Pelancaran Eksklusif Mamonde Red Energy Recovery Serum untuk Watsons Bersama Park Shin Hye

Ini kali kedua selebriti popular Korea Selatan, Park Shin Hye, ke Malaysia sebagai duta dan wajah Mamonde. Kali ini, Park Shin Hye, meluangkan masanya untuk sama-sama merai serta melancarkan secara eksklusif produk Mamonde Red Energy Recovery Serum di Watsons seluruh Malaysia yang berlangsung pada 21 Jun yang lalu.

Untuk pengetahuan semua, serum Red Energy Recovery ini adalah antara produk premium daripada Mamonde. Ia membantu merawat masalah kulit menua, kulit penat serta mengembalikan kulit anjal yang paling optimum. Dua bahan utama yang terkandung di dalam serum ini ialah inti pati buah delima serta teknologi yang dicipta menerusi kajian terhadap bunga yang telah dijalankan oleh Mamonde selama 28 tahun. Kombinasi dua bahan ini mampu memperkuatkan serta melembutkan kulit wajah dengan lebih baik lagi.

Mamonde Red Recovery Energy Serum

Park Shin Hye sekitar sesi sidang media

Ketika sesi sidang media yang berlangsung pada sebelah pagi, Park Shin Hye, ada berkongsi beberapa tip kecantikan bersama media,

“Saya punya dua langkah untuk memastikan kulit senantiasa tampil sihat setiap kali kembara ke luar negara. Yang pertama, saya akan pastikan kulit saya dilindung sempurna daripada terkena sinaran matahari berlebihan. Maka saya pasti akan menyarung krim pelindung sinar. Yang kedua, selepas seharian berada di luar, saya akan mencuci wajah dengan sebersih-bersihnya dan ketika inilah saya sangat memerlukan Red Energy Recovery Serum. Kadang-kala, saya juga gunakan ia sebagai pupur. Saya sedar serum ini juga sebenarnya banyak membantu dalam menghilangkan kemerah-merahan wajah saya pada keesokan harinya.”

Mamonde Red Energy Recovery Serum

Park Shin Hye di sesi pelancaran Mamonde Red Energy Recovery Serum yang berlangsung di Centre Court Mid Valley

Jika tanya saya tentang cara mendapatkan kulit yang sihat, yang paling penting ialah kita semua harus menjalani hidup dengan gembira juga kurangkan stres. Ini kerana jika kamu senyum, seluruh otot dalam tubuh digunakan dan bergerak secara berbeza. Dan ia sudah tentu mencerminkan diri kamu juga.”

Mamonde Red Energy Recovery Serum

Dari kiri: Danny Hoh, Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia , David Yeo Ketua Pemasaran Global Mamonde AmorePacific, Caryn Loh Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Park Shin Hye, Margaret Chin Pengarah AmorePacific Malaysia, Daniel Yong Ketua Pegawai Eksekutif Mid Valley Megamall, dan Rennie Lee Pengarah Urusan Mid Valley Megamall

Mamonde Red Energy Recovery Serum

Sesi group photo bersama barisan VIP, media dan peminat

Mamonde Red Energy Recovery Serum

Dari kiri: Margaret Chin Pengarah AmorePacific Malaysia bersama Caryn Loh Pengarah Urusan Watsons Malaysia

 

Buat kamu yang ingin dapatkan serum premium daripada Mamonde ini, bolehlah kunjungi Watsons terdekat atau membelinya di atas talian pada harga RM130/30ml.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE