SEARCH

Kami Kongsi 3 Masalah Kecantikan Yang Paling Ditakuti Wanita

Kami Kongsi 3 Masalah Kecantikan Yang Paling Ditakuti Wanita

Percayalah sepositif mana pun seorang wanita itu, mereka tetap akan ditimpa tekanan kerana sering dihantui rasa ketidaksempurnaan dalam diri mereka terutama soal kecantikan. Memang susah untuk menjadi wanita, banyak benda harus dititik beratkan. Dan memandangkan soal cantik ini juga sebenarnya melibatkan kebersihan dalam keterampilan seseorang wanita itu, ada beberapa masalah kecantikan yang amat ditakuti wanita jika ia melanda mereka. Apakah masalah kecantikan yang paling ditakuti wanita ini? Mari kami kongsikan…

1- Masalah Jerawat

Ini adalah masalah yang paling banyak sekali ditimpa wanita dan paling ingin dijauhi oleh mereka. Jika kamu ingin tahu, hampir 54 peratus perempuan berusia lebih daripada 25 tahun memiliki masalah kulit berjerawat. Jika kulit wajah tidak dijaga dengan betul, ia akan meninggalkan kesan parut kekal yang disebabkan oleh bekas-bekas jerawat ini. Yang penting, elakkan daripada memicitnya. Seeloknya bersihkan wajah dengan rangkaian penjagaan wajah yang memiliki manfaat merawat kulit berjerawat. Jika masalah kulit kamu dalam keadaan yang serius, saranan saya kunjungi doktor pakar. Jangan pandai-pandai buat rutin sendiri takut lebih membinasakan diri nanti.

2- Masalah kelemumur

Kamu tidak mahu baju kamu penuh dengan habuk-habuk kelemumur yang jatuh daripada kulit kepala kamu bukan? Lebih-lebih lagi jika memakai baju rona gelap. Mesti malu rasa diri! Bila kelemumur tertunjuk sebegini, pastinya orang akan menganggap kulit kepala kamu jenis tidak sihat. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh pakar di Pennyslvania, sekurang-kurangnya 42 peratus perempuan mengalami rasa takut pada masalah kelemumur ini. Apakah punca sebenar masalah ini? Stres, kulit kering serta rutin penjagaan rambut yang salah adalah punca utama mengapa kulit kepala kamu berkelemumur. Jadi elakkan diri daripada segala punca ini. Pilih juga syampu yang betul dengan formulasi yang mengembalikan keseimbangan pH rambut kamu ya.

3- Masalah Kulit Ketiak Gelap

Ini adalah masalah yang sering dialami wanita yang suka menyarung baju tanpa lengan. Mereka risau jika terlihat kulit ketiak mereka yang gelap itu. Antara penyebab kulit ketiak berubah warna menjadi gelap ialah kerana kamu sering mencukur bulu ketiak. Ada cara lain yang lebih baik sebenarnya seperti ke pusat rawatan pakar menggunakan teknik lilin atau juga laser. Jangan biasakan mencukur kerana bukan sahaja ketiak akan menjadi lebih gelap, malah akan menjadi kering. Untuk merawat masalah kulit gelap ini ialah dengan cara sapukan lemon. Fungsinya sama seperti meluntur kulit namun tidaklah membahayakan kulit ketiak kamu. Untuk elak ia menjadi kering, sapukan minyak zaitun untuk memberi lembapan optimum.

 

P/s: Jangan jadikan masalah-masalah ini sebagai gangguan dalam hidup kamu sehingga susah melakukan aktiviti harian. Hadapi dengan positif dan ingat, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya! Good luck!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE