SEARCH

McQueen Parfum: Haruman Alexander McQueen Mengambil Inspirasi Bunga Malam

McQueen Parfum: Haruman Alexander McQueen Mengambil Inspirasi Bunga Malam

McQueen Parfum

“Saya mahukan pewangi ini datang daripada bunga malam, yang membawa kesegaran abadi setelah siang berlalu pergi.” Sarah Burton

“Untuk menggantikan ketiadaan warna pada kandungannya, Sambac Jasmine, Tuberose dan Ylang Ylang adalah antara yang berkuasa untuk menarik polinator mereka. Orang lupa bahawa bunga-bunga ini menjadi moden setiap hari – walaupun ia memudar, ia kemudian akan hidup semula dan membunga menebarkan aroma mereka dalam udara. Dan inilah McQueen semua tentang penemuan dan kembang abadi, asli dalam atmosfera tradisi, pembuatan dan berani,” begitu ujar Pengarah Artistik Alexander McQueen, Sarah Burton.

Dua pewangi baru ini, McQueen Parfum dan McQueen Eau de Parfum mengambil semangat vintaj tetapi diberi seni bina moden. Semua kandungan, Sambac Jasmine, Tuberose dan Ylang Ylang adalah kandungan ‘bintang’ dari dunia pewangi golden age. Sentuhan moden ditambah melalui penggunaan pink pepper dan vetiver. Bunga-bunga malam ini dikatakan menjadi simbol sensualiti feminin. Ia memiliki kuasa erotika dan godaan misteri. Dalam sejarah dunia pewangi, rahsia mendapat pewangi hebat ialah dengan mengambil kandungan-kandungan ini dan merubahnya menjadi baru.

BOTOLNYA PULA…

Rekaa kelalangnya umpama hasil kerja seni. Berat tetapi rapuh. Tactile dan cantik dalam genggaman. Penutupnya diperbuat daripada lakuer digilap. Mengelilingi mahkota penutup pewangi ini ialah bulu emas – signature jenama ini.

McQueen Parfum EDP 50ML                                         RM1,499
McQueen EDP 30ML                                                    RM310
McQueen EDP 50ML                                                    RM415
McQueen EDP 75ML                                                    RM560
McQueen EDP Body Lotion 250ML                                RM199

amq2_stailmy
McQueen Parfum EDP

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE