SEARCH

Trend Kecantikan Terkini Memutih Vagina untuk Wanita Insecure, Kami Tidak Setuju

Trend Kecantikan Terkini Memutih Vagina untuk Wanita Insecure, Kami Tidak Setuju

Dengar sahaja tentang servis memutih vagina ini, dalam hati saya bilang, “untuk apa?”. Walaupun minda ini masih belum boleh menghadam isu ini, ia sudah pun menjadi salah satu trend estetik terkini di seluruh dunia. Mungkin ini juga bakal menjadi salah satu pencetus wanita semakin merasa rendah diri terhadap diri masing-masing.

Bagaimana prosedur pemutihan vagina dijalankan?

Memutih Vagina

Pemutihan atau senang kata prosedur meluntur ini dijalankan menerusi prosedur laser untuk menukar warna vulva (bahagian luar kemaluan wanita) termasuklah bahagian labia, clitoris dan bahagian bukaan vagina. Maka tisu yang gelap dikatakan mampu berubah dan tampil lebih putih dan cantik. Dan untuk melakukan prosedur ini tidaklah murah ya.

Kata mereka yang ingin meyakinkan wanita di luar sana untuk membeli rawatan mereka, ini adalah rawatan laser yang selamat, diluluskan oleh FDA (Food and Drug Administration) dan sesuai buat mereka yang begitu prihatin tentang penampilan luaran vagina mereka.

Menurut pandangan peribadi saya, tidak perlu… Setiap daripada kita dilahirkan di dalam pelbagai bentuk dan rupa. Dan setiap individu itu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan berhak ke atas diri mereka ini namun dunia hari ini “menjual” idea memutih (dalam erti kata lain meluntur) kulit ini sememangnya satu idea yang telah disalah pakai.

Memutih Vagina

Daripada krim pemutih wajah hinggalah ke prosedur sebegini, tidak mengejutkan sememangnya perkara-perkara ini mendapat sambutan hangat wanita (dan lelaki) di luar sana. Namun di dalam pada itu, ada juga suara-suara yang berbunyi kesal menggunakan produk-produk pemutih kulit yang mengakibatkan kulit mereka terbakar dan sebagainya. Namun, perkara seperti ini masih belum dapat menyedarkan orang ramai di luar sana.

Adakah kulit putih itu terlalu penting? Apatah lagi soal memutih bahagian vagina kamu itu, adakah ia benar-benar penting dan perlu? Fikir-fikirkan…

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE