SEARCH

Yang Menarik Di Meja Cantik Bulan Ini: Dior Beauty Lancar Butik Terbesar, MEMO Paris Kini di Robinsons Kuala Lumpur

Yang Menarik Di Meja Cantik Bulan Ini: Dior Beauty Lancar Butik Terbesar, MEMO Paris Kini di Robinsons Kuala Lumpur

Apa yang menarik di meja cantik bulan ini? Dior Beauty lancar Butik Terbesar? MEMO Paris akhirnya tiba di Malaysia? Jom baca!

Dior Beauty Lancar Butik Terbesar Pertama di Asia Pasifik

menarik di meja cantik bulan ini

Ya, betul. Malah ini butik konsep pertama di Asia Pasifik serta kedua di dunia di mana Christian Dior Paris dan Parfums Christian Dior disatukan di dalam sebuah butik. Membuka pintunya di pusat beli-belah Mid Valley Megamall Kuala Lumpur. Di dalam butik ini ada juga ruang luas khas menempatkan koleksi aksesori fesyen selain daripada koleksi rangkaian penjagaan wajah, alat solekan serta haruman.

menarik di meja cantik bulan iniDe Fam

Berinspirasikan kota Paris, butik ini didekorasikan dengan perhiasan sungguh chic bersama gantungan foto Château de La Colle Noire serta padang bunga yang menjadi simbol kepada setiap pembuatan haruman dan produk penjagaan wajah jenama ini. Bukan sahaja haruman signatur yang mengharumkan seluruh butik ini, sabun juga lilin oleh François Demachy iaitu pencipta haruman Dior turut menghiasi butik mewah ini. Kunjung butik ini segera, kamu bisa bertemu haruman ikoniknya seperti Holy Peony, Ambre Nuit, Cologne Royal juga Thé Cachemire.

menarik di meja cantik bulan ini

menarik di meja cantik bulan ini

Daiyan Trisha

Ruang aksesori fesyen butik ini menempatkan koleksi kain sutera yang digelar “Mitzahs” daripada jenama ini yang boleh digunakan untuk diikat pada bahagian leher atau pergelangan tangan sebagai aksesori tambahan untuk haruman kamu. Untuk kamu yang ingin mencari hadiah buat teman atau insan tersayang, butik ini juga menyediakan khidmat membalut hadiah di ruang ‘Art of Gifting’. Dengan riben signatur Dior kemudian dibalut dan diletak cantik di dalam kotak Christian Dior membuatkan hadiah kamu lebih bermakna.

MEMO Paris akhirnya tiba di Malaysia!

menarik di meja cantik bulan ini

Buat yang belum pernah mendengar atau melihat sendiri jenama MEMO Paris ini, saya sarankan kamu segera berkunjung ke Robinsons Kuala Lumpur di Shoppes Four Seasons. Kamu akan jatuh cinta dengan koleksi haruman mereka. Milik John dan Clara Molloy, pasangan yang gemar mengembara ke seluruh dunia dan memiliki imaginasi tinggi. Menerusi imaginasi, mereka menghasilkan haruman yang pada kami cukup original, misteri, klasik serta tidak dijangka.

menarik di meja cantik bulan ini

John Molloy

Setiap haruman mereka mempunyai cerita yang tersendiri. John yang membesar di perkampungan Irish mengembara ke seluruh dunia untuk mendekati budaya luar, manakala Clara pula menganggap kembara itu hidupnya. Bagai sebuah buku kehidupan yang terbuka. Setiap perjalanan mereka ini dibukukan sebagai memori lalu membentuk sebuah haruman.

menarik di meja cantik bulan ini

Clara Molloy

MEMO Paris hadir dalam empat koleksi iaitu “Les Échappées”, “Cuirs Nomades”, “Graines Vagabondes” dan “Art Land”. Kunjungi butik ini untuk rasai sendiri pengalaman haruman mewah daripada MEMO Paris. Harga bermula RM925 hingga RM1045 untuk haruman EDP 75ml. Selain haruman, kad pos, sarung haruman untuk kembara, lilin juga diffusers juga turut terdapat di sini. Harga bermula daripada RM145 hingga RM2070.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE