SEARCH

Bagaimana Mencegah Razor Burn Semasa Bercukur

Bagaimana Mencegah Razor Burn Semasa Bercukur

5 Langkah Mencegah Razor Burn Selepas Sesi Percukuran

Bagi kamu yang mempunyai jambang atau misai, aktiviti bercukur adalah perkara biasa. Sesekali pasti kamu akan mengalami situasi radang kebakaran (razor burn) jika tidak bercukur dengan betul. Ia biasanya terjadi pabila kamu tidak bersedia, tergesa-gesa, tidak mengendahkan sensitiviti kulit atau hanya dengan kesalahan memilih pisau pencukur yang tidak sesuai.

Jika kamu ingin mengelak dari situasi razor burn ini terjadi, apa kata kamu ikuti langkah-langkah bercukur ini, agar kamu boleh meninggalkan kamar mandi dengan keadaan yang segar dan selamat, seperti berikut:

 

LANGKAH 1 – SEDIAKAN AIR SUAM & MINYAK PRA-CUKUR SEBELUM BERCUKUR

Ambil tuala tangan dan rendam dengan air suam. Kemudian, tekapkan di kawasan yang ingin dicukur. Ia melembutkan kulit dan membuka liang pori, memberi kamu ruang permukaan yang mulus.

Seterusnya, sapukan minyak pra-cukur yang sesuai dengan kulit kamu supaya kulit kamu tidak terlalu terkesan ketika bilah pencukur melaluinya.

Sedikit tip, kalau boleh gunakan minyak pra-cukur yang mengandungi minyak pohon teh yang bertindak sebagai antiseptik semulajadi. Ia dapat mencegah kulit yang terdedah daripada serangan bakteria.

 

 

LANGKAH 2 – GUNAKAN PENCUKUR DENGAN BILAH PISAU YANG SEDIKIT

Iklan-iklan di televisyen tentu sahaja mengesyorkan kamu membeli pencukur-pencukur yang mempunyai bilah pisau yang besar atau dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya, pencukur dengan tiga bilah pisau sahaja sudah mencukupi untuk kamu bercukur. Alasan supaya kamu menggunakan pencukur dengan bilah pisau yang sedikit kerana faktor keselamatan. Ia boleh mencegah atau paling tidak meminimumkan kecederaan permukaan kulit. Lagi-lagi jika kamu mempunyai kulit yang sensitif. Jadi pisau pencukur tiga bilah sudah mencukupi. Saya syorkan Gillette Mach3.

 

LANGKAH 3 – GUNAKAN BADGER BRUSH

Gunakan berus bulu (badger brush) untuk meratakan krim pencukur dengan sekata di kawasan sekitar jambang atau misai yang ingin dicukur. Basahkannya dengan air suam, cucuk lubang di tengah-tengahnya menggunakan jari kamu dan isikan dengan krim pencukur. Kemudian, gerakkannya dalam pusingan jam atau lawan jam di atas kawasan yang ingin dicukur tadi. Ia memudahkan sesi pencukuran dengan berkesan dan mencegah kerengsaan kulit.

 

 

LANGKAH 4 – RINGANKAN CENGKAMAN KAMU

Jika pisau cukur sudah bersih dan tajam, jika kamu sudah menyiapkan kulit muka dengan air suam dan minyak pra-cukur serta lumurkan krim pencukur dengan rata di kawasan yang ingin dicukur, maka semua elemen berada di tempatnya. Kamu sudah bersedia untuk bercukur. Jangan tambahkan sebarang daya yang tidak perlu. Sebaliknya, pegang batang pencukur dengan lembut dan perlahan-lahan mencukur bahagian yang ingin dicukur dengan teliti.

 

LANGKAH 5 – TENANGKAN KULIT DENGAN AIR SEJUK & AFTERSHAVE BALM

Sama seperti kamu membuka liang pori dengan air suam, kamu perlu menutupnya dengan air sejuk. Renjiskan sedikit air sejuk ke muka selepas kamu bercukur. Saya suka melakukan perkara ini untuk menyingkirkan sebarang kulit mati atau sisa krim pencukur yang mungkin masih tertinggal di dalam liang pori. Jika tiada air sejuk, air paip biasa juga sudah memadai.

Selepas itu, sapukan balsam penyejuk (aftershave balm) sebagai pelengkap langkah. Penggunaan balsam dapat menyuburkan kulit dengan vitamin. Balsam juga melindungi kulit seperti perisai, mencegah apa-apa bendasing daripada tersumbat di dalam liang pori kamu semasa kamu keluar menjalani aktiviti harian.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE