SEARCH

Mengapa Kamu Perlu Ganti Makeup Remover Kamu Kepada Micellar Cleansing Water?

Mengapa Kamu Perlu Ganti Makeup Remover Kamu Kepada Micellar Cleansing Water?

Ia ibarat life saver! Ya, saya kini tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya kepada makeup remover sedia ada setelah pertama kali mencuba micellar cleansing water. Ia tidak teragak-agak dalam meyakinkan saya bahawa ia adalah teknologi terbaru dan terbaik dalam membersihkan kulit muka daripada sebarang kotoran degil. (Gambar: Pinterest)

Bagi kamu yang masih belum mengenali micellar water ini atau juga mungkin sebelum ini pernah dengar akan produk jenis ini, namun tidak tahu-menahu apakah fungsi sebenarnya. Mari, hari ini saya ambil peluang untuk menjelaskan tentang kehebatan produk berteknologi terbaru ini.

Micellar water terdiri daripada micelles di mana ia adalah zarah bola-bola kecil yang terkandung di dalam molekul minyak pembersih. Zarah-zarah ini digantung di dalam kandungan air yang lembut.

Micelles ini lebih tertarik kepada kotoran serta minyak pada kulit muka. Maka, dengan kehebatannya, micelles ini mampu menyahkan segala kotoran tanpa perlu mengeringkan kulit muka. Dan setelah kajian dibuat, akhirnya micellar water ini diluluskan dan menjadi alternatif baru kepada pencuci muka, pembersih solekan serta pelembap. 3 dalam 1!

Pertama kali saya mencuba micellar water ini, saya dapat rasakan teksturnya tidak ubah seperti cecair biasa. Namun, setelah meneliti, sebenarnya teksturnya ada sedikit lain daripada sekadar air.

Yang seronok tentang pencuci jenis micellar water ini, kamu tidak perlu lagi bersusah-payah untuk melakukan proses double cleansing. Setelah mengaplikasikannya dengan kapas muka, kamu sudah tidak perlu lagi membilasnya dengan air biasa.

Micellar water ini dicipta sesuai buat mereka yang memiliki kulit sensitif dan yang berkulit kering. Ini kerana ia memiliki manfaat hidrasi yang tinggi.

Bagi saya lagi, micellar water ini cukup memudahkan terutama ketika mengembara. Saya tidak perlu lagi membawa banyak-banyak produk hanya untuk membersih muka, cukup sekadar micellar water yang bertidak 3 dalam 1.

Di sini saya senaraikan 5 produk micellar water yang boleh kamu cuba. Saya pasti ia akan memuaskan hati kamu.

5 PRODUK MICELLAR WATER TERBAIK

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE