SEARCH

Tip Tradisional Merahkan Puting Payudara Yang Boleh Kamu Cuba

Tip Tradisional Merahkan Puting Payudara Yang Boleh Kamu Cuba

Ramai yang beranggapan warna puting sepatutnya merah-merah jambu. Tahukah kamu, bukan semua wanita memiliki puting payudara berwarna itu? Warna puting boleh berubah mengikut warna kulit juga keturunan. Dan jika kamu ingin tahu juga, wanita Kaukasia (berkulit putih) selalunya memiliki puting berona merah jambu, manakala wanita Asia kebanyakannya memiliki puting berona coklat. Wanita Afrika pula kebanyakannya memiliki puting berona hitam. Sebenarnya, warna puting ini juga boleh berubah menjadi gelap disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya seperti ketika mengandung, perubahan hormon, kosmetik juga kerana kondisi penyakit seperti diabetes. Jika kamu rasakan puting kamu gelap dan mahu nampak kemerahan, kami ada beberapa tip untuk kamu. Hari ini, kami ingin kongsikan tip tradisional merahkan puting payudara yang boleh kamu cuba.

1- Buah Lemon

Ini antara tip yang paling banyak digunakan wanita-wanita di luar sana. Jus daripada buah lemon ini kamu campurkan bersama yogurt asli dan madu. Setelah itu, tepekkan di puting kamu kemudian biarkan selama 30 minit. Setelah kering, bilas dengan air. Amalkan sekali seminggu.

2- Limau Nipis

Ambil jus daripada limau nipis kemudian campurkan bersama madu. Sapukan di permukaan puting selama 30 minit kemudian lapkan setelah kering. Ulang seminggu sekali. Asid daripada limau nipis ini mampu membuatkan puting kamu tampak lebih bersih segar kerana ia bertindak menyental sel kulit mati yang terdapat di permukaan puting kamu itu ya.

Merahkan Puting Payudara

3- Kacang Almond

Kisar kacang almond bersama susu kemudian sapukan pada permukaan puting kamu itu. Atau kamu juga boleh beli minyak almond sedia ada kemudian sapukan sahaja setiap hari sebelum tidur. Atau jika kamu menggunakan pati almond kisar bersama susu tadi, kamu boleh amalkan sekerap yang boleh. Biarkan selama satu jam, kemudian kamu boleh lap bersih puting kamu tadi.

 

Funfact: Tahukah kamu, kajian membuktikan lelaki lebih suka wanita yang memiliki puting gelap berbanding puting payudara rona merah jambu lembut? Mereka percaya puting rona gelap lebih seksi.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE