SEARCH

#BeautyReport : Segalanya Tentang Ekstravaganza dan Dramatik di Met Gala 2019

#BeautyReport : Segalanya Tentang Ekstravaganza dan Dramatik di Met Gala 2019

Met Gala tahun ini seperti yang semua tahu bertemakan “Camp: Notes on Fashion”. Namun, ramai yang masih keliru apakah makna tema ini. Kata Anna Wintour, tema ini mungkin akan memberi sedikit kekeliruan kepada tetamu yang hadir namun mereka harus tahu, ia segalanya tentang bagaimana mereka mengekspresi diri, menyerlahkan lagi gaya individu, tampil luar biasa, tounge-in-chic dan yang penting harus seronok. Itu juga yang dapat kita saksikan di hamparan karpet merah Met Gala 2019 semalam. Bukan sahaja busana mereka memainkan peranan penting, daripada segi solekan dan gaya rambut, kesemua mereka bijak menyeimbangnya agar nampak lebih ekstra dan dramatik. Apa yang kami nampak, segalanya tentang transformasi. Mari kami senaraikan solekan dan gaya rambut terbaik daripada selebriti yang hadir.

Ezra Miller

Met Gala 2019

Dua tiga kali pandang, pasti kepala kamu akan mula pening melihatnya. Ezra Miller tidak pernah sekalipun menghampakan peminat yang senantiasa menantikan kemunculannya setiap kali di karpet merah. Begitu juga di Met Gala 2019 ini. Hasil solekan Mimi Choi, dia tampil dengan solekan dimensi. Beberapa lagi pasang mata dilukis pada wajah Miller untuk mencipta ilusi optik pada sesiapa sahaja yang memandangkan. Memang yang memandangnya akan sakit kepala akan tetapi ini adalah antara solekan yang sememangnya paling menarik perhatian kami semua.

Lady Gaga

Met Gala 2019

Lady Gaga is back! Queen of Camp ini tidak menghampakan kita semua, lihat sahaja bagaimana dia melakukan persembahan pembukaannya di karpet merah semalam. Lihat pula solekan matanya. That eyelashes are next level! Bak kata Sarah Tanno, yang bertanggungjawab menyiapkan Gaga, inspirasinya adalah apabila membaca sendiri esei Susan Sontag berkenaan ‘Notes on Camp’. Katanya, kecintaan Sontag pada ‘perkara yang menjadikan mereka bukan diri sendiri’ benar-benar memberi inspirasi kepada dirinya. Jadi itu yang membuatkan Tanno memilih untuk mengenakan bulu mata metalik serta memiliki saiz panjang yang agak ekstrem.

Lupita Nyong’O

Met Gala 2019

Lupita membawa watak gadis ceria dalam masa sama pada kami dia nampak benar-benar garang dalam persalinan serta solekannya. Nick Barose, jurusolek Lupita berkongsi pertama kali dia mendengar tentang tema ini, yang bermain di pemikirannya adalah ratu drag, Divine. Kata Barose, dia pernah berjanji kepada Lupita untuk menyolek wanita ini sebagai perempuan drag di parti Halloween namun hasrat itu tidak pernah tercapai. Akhirnya dia berjaya meluahkan idea menarik ini pada Lupita di Met Gala tahun ini. Jika kamu kenal Divine, kamu tahu dia sering tampil dengan solekan kening luar biasa. Dan kata Barose lagi, kening yang dilakar pada Lupita juga mengambil indpirasi daripada ikon Marlene Dietrich serta Jean Harlow sekitar tahun 30-an. Mungkin dari situ juga Divine serta ikon drag yang lain mendapat inspirasi mereka.

Antara Selebriti Lain Yang Hadir Dengan Solekan dan Gaya Rambut Menarik Sekitar Met Gala 2019

Met Gala 2019

Priyanka Chopra

Met Gala 2019

Gigi Hadid

Met Gala 2019

Cody Fern

Met Gala 2019

Ciara

Met Gala 2019

Kylie Jenner

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE