SEARCH

Berita Gembira! Jenama Kosmetik MILANI Kini Sudah Boleh di Dapati di Malaysia!

Berita Gembira! Jenama Kosmetik MILANI Kini Sudah Boleh di Dapati di Malaysia!

Buat kamu yang belum mengenali tentang jenama ini, MILANI ialah  jenama kosmetik kategori drugstore yang menjadi pilihan ramai peminat kecantikan di U.S kerana kualiti produknya setaraf jenama mewah. Bukan itu sahaja, ia juga menjadi kegemaran dan bualan hangat di kalangan Pengarang Kecantikan dan barisan influencers seluruh U.S seperti Jeffree Star, Tati dan Manny Mua. Hari ini, peminat kecantikan di Malaysia tidak perlu lagi bersusah-payah hendak membayar shipping semata-mata untuk membeli produk ini dari negara nun jauh di sana. MILANI kini sudah boleh didapati di Malaysia! Yayy!

Satu perkara mengenai MILANI yang harus kamu tahu ialah, produk ini mengamalkan 100 peratus cruelty free dan memiliki sijil sah PETA (People for the Ethical Treatment of Animals). Jadi kamu tidak perlu risau tentang latar belakang serta pembuatan produk ini. Dan menurut Pengasasnya, Laurie Minc, jenama yang berasal dari Timur Los Angeles ini dicipta untuk semua wanita di seluruh dunia, dari pelbagai etnik, latar belakang serta umur. Maka, kamu tidak harus takut jika produk ini tidak memiliki tona warna kulit kamu. Ini kerana falsafah yang diterapkan oleh MILANI ialah ‘Beauty Justice For All’.

Jika kamu masih ragu-ragu hendak mencuba produk MILANI yang mana satu terlebih dahulu, kami sarankan kamu mencuba best seller mereka iaitu produk Rose Powder Blush, Baked Powder Blush, Conceal +Perfect Foundation serta Bold Color Statement Matte Lipsticks. Produk-produk mereka ini memiliki formula yang cukup bagus, mudah disarung serta punya kadar pigmen yang tinggi.

Bermula bulan ini, MILANI akan dijual secara eksklusif di stor Watson terpilih juga di laman sesawang watson.com.my.

5 Produk MILANI Pilihan Kami

 MILANI Kini Sudah Boleh di Dapati di Malaysia

CONCEAL + PERFECT 2-IN-1 FOUNDATION RM55.25

 MILANI Kini Sudah Boleh di Dapati di Malaysia

ROSE POWDER BLUSH RM51.55

 MILANI Kini Sudah Boleh di Dapati di Malaysia

CONCEAL + PERFECT FOUNDATION STIC RM57.25

 MILANI Kini Sudah Boleh di Dapati di Malaysia

MOST LOVED MATTES EYESHADOW PALETTE RM114.50

 MILANI Kini Sudah Boleh di Dapati di Malaysia

BOLD COLOR STATEMENT MATTE LIPSTICK RM42.90

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE