SEARCH

#TanyaAmiraJawab: Bila Milenial Aju Saya Soalan Tentang Kecantikan

#TanyaAmiraJawab: Bila Milenial Aju Saya Soalan Tentang Kecantikan

milenial

Gambar: Pinterest

Minggu lalu saya berpeluang menjadi kurator di salah sebuah akaun Twitter @Twtmakeup_my yang mengetengahkan topik-topik kecantikan di kalangan anak-anak muda. Boleh dikatakan hampir setiap hari, kami akan saling berkongsi info yang baharu tidak kira lah soal mekap, tutorial how-to, juga mengupas isu-isu penjagaan kulit. Ia pengalaman yang amat manis. Apa yang saya dapati melalui pengalaman seminggu bersama mereka ini, saya rumuskan bahawa anak-anak muda (milenial) ini ternyata lebih mementingkan serta menitik-berat soal kecantikan berbanding soal solekan.

Ternyata pandangan saya selama ini salah! Jika dahulu, kita sangkakan mekap adalah segala-galanya buat mereka hinggakan penjagaan kulit di usia muda mereka abaikan, namun semua itu salah apabila saya menjalankan satu bancian. Hampir 80 peratus menyatakan mereka lebih mengutamakan penjagaan kulit. Maka, dengan itu saya telah mewujudkan satu hashtag #TanyaAmiraJawab buat mereka yang mahu tahu lanjut tentang permasalahan kecantikan yang mereka alami. Alangkah terkejutnya saya, kerana ia mendapat sambutan. Jadi hari ini saya akan menjawab sebahagian persoalan sebahagian milenial yang aju soalan kepada saya. Selamat membaca!

1)

milenial

Jerawat-jerawat kecil ini perkara biasa. Boleh dikatakan hampir 70 hingga 90 peratus remaja akan mengalami masalah ini kerana faktor tumbesaran.  Apa yang boleh kamu lakukan adalah cuci muka dengan pencuci yang memiliki formula soap-free untuk menyahkan minyak berlebihan pada wajah. Elakkan juga mengambil pemakanan yang boleh menyebabkan kulit lebih breakout seperti makanan segera. Kadang-kadang jerawat kecil juga akan tumbuh lebih banyak pada kawasan dahi. Jadi, pastikan rambut kamu sentiasa di cuci dan bebas minyak. Nasihat lain, jangan skrub wajah menggunakan skrub yang berformula kuat. Ini kerana ia akan menyebabkan kulit kamu menjadi lebih teruk. Jangan picit atau jangan juga gunakan produk yang mengandungi alkohol.

2)

milenial

Sudah tentu boleh, namun saya sarankan jika kamu ingin melakukan aktiviti luar atau juga lebih terdedah kepada sinaran cahaya matahari, lapiskan juga kulit wajah dengan produk sunscreen yang kalis air sebagai perlindungan tambahan. Ini kerana produk pelembap yang memiliki formula perlindungan mungkin tidak mencukupi. Jika kamu ingin mengelakkan daripada kulit menjadi tidak selesa kerana perlu menyapu beberapa krim pada wajah, pilih sunscreen yang berformula ringan dan bertekstur cecair.

3)

milenial

 

Jika toner itu sudah cukup membuat kulit kamu lebih baik berbanding sebelum, saya sarankan untuk kamu terus menggunakan produk itu. Kerana ia tidak mendatangkan apa-apa mudarat pada wajah kamu. Namun, jika kamu ingin cuba produk lain juga tiada salahnya as long as ia tidak merosakkan kulit kamu.

4)

milenial

Saya tidaklah menggambarkan kulit saya flawless, kadang-kala bila hari menstrual menjelang, pastinya kulit saya muncul jerawat-jerawat serta cela lain pada kulit wajah saya. Namun, penjagaan kulit sebenarnya amat penting. Saya pastinya melakukan double cleansing di sebelah malam jika seharian wajah disolek. Selain itu, toner, serum, esen, krim muka serta pelindung sinar adalah benda wajib perlu saya pakai setiap hari. Face mist juga akan saya bawa ke mana sahaja. Dan setiap tiga kali seminggu pastinya saya akan menampal pupur pada wajah.

5)

milenial

Ada yang berpendapat toner, esen dan serum itu sama tetapi sebenarnya tidak. Esen mungkin mengandungi satu atau lebih kandungan bahan aktif namun tidak sekuat bahan aktif yang terdapat dalam serum. Namun kedua-dua serum dan esen ini berfungsi untuk membolehkan produk-produk lain yang seterusnya kamu sapu pada wajah (selepas rutin esen dan toner) ini meresap lebih baik ke dalam kulit. Serum dicipta untuk memfokus kepada satu-satu jenis masalah yang dihadapi kulit. Boleh jadi serum itu ditarget untuk merawat kulit gelap, antipenuaan atau juga jerawat. Manakala, esen pula lebih berfungsi dalam meningkatkan serta memperbaharui pertumbuhan semula sel-sel kulit maka ia bertindak merawat secara menyeluruh daripada dalam.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE