SEARCH

Rona Millenial Pink Masih In Dalam Dunia Kecantikan Hari Ini, Saya Senarai Inspirasi Solekan & Rambut Terbaik

Rona Millenial Pink Masih In Dalam Dunia Kecantikan Hari Ini, Saya Senarai Inspirasi Solekan & Rambut Terbaik

Sebenarnya dari dahulu lagi rona merah jambu ini seakan ‘satu’ dengan wanita. Ini kerana cirinya yang lembut menjadikan ia simbol kelembutan seseorang wanita itu. Dan wanita hari ini saya lihat tidak terhad untuk hanya bermain dengan rona ini pada solekan mata sahaja. Wanita kini sudah berani bergaya lebih. Antaranya menggayakan rambut rona ini, gincu rona shocking pink apabila keluar rumah. Jika dahulu ada sahaja pandangan streotaip di mana jika wanita berambut terang warna-warni sebegini dianggapnya liar, kini pada saya tidak lagi. Malah rona merah jambu ini sudah dianggap biasa. Dan baru-baru ini, saya perhatikan dunia kecantikan hari ini masih menyukai rona merah jambu yang dipanggil Millenial Pink walau tahun lalu sudah mula diperkenalkan dan menjadi kegilaan.

Pada saya, terpulang pada setiap individu. Namun saya punya satu pesanan, jika kamu belum mencuba sesuatu yang drastik pada diri kamu, mungkin sudah tiba masanya untuk kamu mencuba. Buat kamu yang masih tercari-cari gaya rambut untuk digayakan, cuba rona ini. Jika kamu masih baru dalam dunia solekan, cuba suntikkan pada satu bahagian wajah, kamu boleh cuba lakarkan eyeliner ataupun pembayang mata rona ini. Atau, rambut juga!

Saya sering melihat rona Millenial pink ini di laman feed Instagram saya. Dan paling baru saya lihat Margaret Zhang mewarna rambut rona ini. Satu perkataan, CANTIK! Jika kamu mahu mencuba solekan atau rona rambut Millenial Pink sebegini, bolehlah kamu mencubanya! Lihat

Millenial PinkKamu boleh cuba rona millenial pink pada solekan mata, bahagian wajah lain di tata dengan solekan lembut sahaja.

Millenial Pink

Jika kamu sukakan gaya edgy, cuba gaya rambut sebegini.

Millenial Pink

Margaret Zhang dengan rambut rona ini nampak lebih moden dan segar.

Millenial Pink

Jika kamu tidak mahu terlalu mencuba dengan rona ini, layangkan sahaja lembut pada epal pipi dan sedikit pada bibir agar wajah kelihatan lembut dan manis.

Millenial Pink

Bersihkan seluruh wajah, mungkin sekadar sapu Tint Moisturizer, kemudian layangkan gincu bibir rona ini. Cukup!

Millenial Pink

Jika kamu mahu bereskperimen sedikit, layangkan eyeliner rona ini.Dan jika kamu hendak nampak sedikit berbeza, cuba lakar eyeliner pada bahagian bawah mata juga. Solekan seperti ini sesuai ke parti!

 

P/s: Tidak sabar rasanya hendak buat rumusan #BeautyReport Coachella, siapa hadir dengan gaya solekan dan rambut terbaik? Nantikan…

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE