SEARCH

#BeautyReport : Solekan Terbaik Sepanjang Minggu Fesyen Milan SS20

#BeautyReport : Solekan Terbaik Sepanjang Minggu Fesyen Milan SS20

Dari New York, London kini ke Milan, pelbagai seni estetik solekan kita dapat lihat diluahkan oleh gabungan dua idea besar milik pereka fesyennya juga jurusoleknya. Dari layangan rona pastel dan neon di New York kini kita dapat lihat solekan di Milan lebih strong dan mainan rona-rona kukuh seperti merah lambang wanita perkasa. Mari kita lihat antara solekan terbaik sepanjang minggu fesyen Milan SS20 ini.

Prada

Minggu Fesyen Milan SS20

Hasil solekan jurusolek legenda Pat McGrath tidak pernah menghampakan. Masih saya ingat solekan bibir emas ikonik di pentas Prada beberapa musim lalu. Jika koleksi musim sebelumnya, Prada tampil dengan solekan gothic dan gelap, kini, mereka memilih solekan mulus pada kulit wajah dan hanya memfokus pada bahagian bibir dan kening. Dilayang rona hitam pekat pada bahagian di antara kening dan atas mata kemudian bibir dioles gincu merah hangat. Miuccia Prada kali ini memilih tema wanita dan stail tersendiri, koleksi yang menyimbolkan the power of women over clothing, and of style over fashion.

Moschino

Minggu Fesyen Milan SS20

Selain pada solekannya, solekan ini lebih tertumpu pada layangan warna air yang diconteng rambut setiap model. “Muses inspire artists and artists inspire the world”, itulah inspirasi kepada keseluruhan koleksi ini. Julien d’Ys adalah orang yang bertanggungjawab di sebalik seni dandanan rambut ini. “We’re completely in the world of Picasso,” kata d’Ys. Dia mengikat stail bun chignon pada setiap model, kata d’Ys, stail ini akan nampak cantik pada setiap wanita, “It’s very strong,” tambah D’Ys. Itu cuma asasnya sahaja, selepas disanggulkan, layangan cat warna air rona merah, biru, merah jambu, hijau dan kuning adalah highlight kepada keseluruhan solekan ini.

Max Mara

Minggu Fesyen Milan SS20

Masih ada yang memilih konsep gothic dan gelap ini. Seperti di Max Mara ini, koleksinya diinspirasikan oleh heroin wanita daripada karakter ikonik seperti di dalam siri komik Modesty Blaise dan Killing Eve Assassin Villanelle. Jurusolek Tom Pecheux memilih pembayang mata rona biru dan kemudian di kontra kan dengan rona bibir gelap seakan hitam bertekstur pusam sebagai pelengkap gaya solekan pentas ini. Manakala rambut pula hasil dandanan Sam McKnight diinspirasikan daripada salah-satu hasil seni fotografi Hans Feurer di era 70-an.

Fendi

Minggu Fesyen Milan SS20

Glitters masih menjadi pilihan Peter Philips untuk solekan di pentas Fendi ini. Dengan suntikan aura disko meriah, Peter yang juga Pengarah Imej dan Kreatif Christian Dior Make-Up, memilih rona hitam gelap dan kemudian dilakar pada keseluruhan mata. Solekan mata dilengkapkan dengan layangan glitter rona perak pada bahagian bawah mata. Ditambah pula dengan dandanan rambut serabut dan space bun hasil Sam McKnight Sungguh high fashion grunge.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE