SEARCH

Bagaimana Mahu Membuat Minyak Wangi Tahan Lama?

Bagaimana Mahu Membuat Minyak Wangi Tahan Lama?

Saya selalu tertanya-tanya apakah industri haruman dan minyak wangi (yang dianggarkan bernilai berbilion-bilion setahun) sengaja membelakangi saya? Membuat saya (atau kamu semua) membeli berbotol-botol minyak wangi dalam masa setahun. Alasannya? Mengapa minyak wangi kita tidak tahan lebih lama? Apakah caranya agar minyak wangi tahan lama?

Kiranya, saya masih lagi belum menemui sebotol minyak wangi yang betul-betul tahan lama. Yang sesuai dengan kulit saya.

Minyak wangi tahan lama seperti apa yang saya perlukan?

Sungguhpun saya sedar yang eau de toilettes – dengan konsentrasi haruman lebih rendah (5-10%) – direka untuk berlalu dengan pantas, saya juga mempunyai masalah dengan eau de parfums, yang walau mengandungi kira-kira 15-20% konsentrasi haruman yang tinggi, tetap sahaja berlalu pergi dengan cepat selepas hanya beberapa jam semburan.

Bagaimana Mahu Membuat Minyak Wangi Lelaki tahan lebih Lama?

Enough talking. Ini 3 Cara Membuat Minyak Wangi Kamu Lebih Bertahan Lama (Bagi Lelaki):
1 – Pilih Minyak Wangi Dengan Konsentrasi/Kepekatan Yang Tinggi

Sebenarnya, minyak wangi atau haruman jenis cologne lebih bertahan lama di kulit lelaki berbanding eau de parfum. Jadi pastikan kamu melabur untuk mencari sesuatu haruman dengan kepekatan haruman yang lebih tinggi untuk memastikannya tahan lebih lama.

2 – Sapukan Vaseline

Ini mungkin terdengar gila, tetapi dengan menyapu secalit Vaseline ke titik nadi kamu sebelum menyembur haruman, akan membantu ia lebih bertahan lama. Saintifiknya, molekul-molekul wangian kamu itu akan berpaut pada jeli petroleum yang terdapat dalam Vasaline, sehingga membuatnya ‘melekat’ lebih lama.

3 – Sembur Di Bisep

Menerapkan aroma pada otot bisep, tidak hanya akan membuatnya menyebar lebih merata (berkat pergerakan otot yang berterusan), malah lengan baju kamu (asalkan nipis dan tidak tebal) juga akan membantu ‘memelihara’ haruman ‘hidup’ lebih lama. Cuma jangan sembur jika kamu mengenakan fabrik berwarna putih, jika tidak mahu menyesal.

BACA JUGA PANDUAN MEMILIH MINYAK WANGI LELAKI, SESUAI PERSONALITI

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE