SEARCH

Miss South Africa Bukti “Kecantikan Standard” Bukanlah Penentu Menang Miss Universe 2019

Miss South Africa Bukti “Kecantikan Standard” Bukanlah Penentu Menang Miss Universe 2019

Sebanyak 90 peserta daripada serata dunia menyertai Miss Universe 2019 dan akhirnya gelaran tersebut disandang oleh Miss South Africa, Zozibini Tunzi yang berusia 26 tahun ini. Zozibini wanita ketiga daripada Afrika Selatan yang pernah menyandang takhta ini malah wanita kulit hitam pertama yang dianugerahkan takhta bersejarah ini.

Miss South Africa

Amat membanggakan malahan ucapan penutupnya juga mendapat tepukan yang gemuruh,

Saya membesar di negara yang mana wanita seperti saya ini – berkulit gelap dan juga berambut sebegini – tidak pernah dianggap cantik. Dan saya rasakan tanggapan itu harus dihentikan. Saya mahu kanak-kanak lihat saya, lihat wajah saya dan saya mahu mereka lihat diri mereka melalui saya.”

 

Dengan mesej yang penuh berkuasa dan bermakna serta tahu bagaimana hendak mendefinisikan kecantikan sebenar, inilah imej seorang Miss Universe yang kita cari. Pemilihan Zozibini bagi kami amat bijak sekali.

Miss South Africa

Sedikit fakta yang mungkin kamu tidak tahu tentang Zozibini, sebelum ini ketika dia menyertai Miss South Africa, dia tampil dengan gaya rambut naturalnya. Dengan harapan, dia mampu memberi inspirasi kepada orang sekeliling untuk menjadi diri sendiri sepanjang masa.

Bukan itu sahaja, Zozibini bukan sekadar menjual wajah, dia juga seorang yang berpendidikan. Ketika bertanding di Miss South Africa, dia sedang lagi menyambung pelajarannya dalam bidang ijazah Teknologi di Cape Peninsula University of Technology. Sebelum itu, dia menamatkan pengajian Diploma Tinggi dalam bidang Public Relations Management daripada universiti yang sama.

WE LOVE HER! Semoga dia terus memberi inspirasi kepada wanita di luar sana!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE