SEARCH

#TakMalu Model Ashley Graham Kongsi Gambar Selulitnya, Kami Suka!

#TakMalu Model Ashley Graham Kongsi Gambar Selulitnya, Kami Suka!

Seperti kita semua tahu, model Ashley Graham kini sedang lagi mengandung cahaya mata pertamanya setelah sembilan tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang tercinta, Justin Ervin. Saya pasti, alangkah gembiranya peminat-peminat Graham terutama sekali apabila mendapat tahu tentang berita gembira ini. Dan kini, satu dunia sudah tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata milik pasangan manis ini.

Model Ashley Graham

Graham, antara figura yang menjadi inspirasi wanita-wanita di luar sana kerana personaliti dirinya yang senantiasa menegakkan nilai moral body positivity. Dan usahanya dalam mendidik orang ramai tidak pernah terhenti. Siapa yang mengikutinya di Instagram, pasti ingat suatu ketika dahulu, Graham pernah memuat naik fotonya berlatar belakangkan pemandangan pantai dan langit biru ketika dia bercuti di Manila, Filipina dengan kapsyen berbunyi,

Model Ashley Graham

Saya bersenam, saya juga memastikan diri saya cukup makan. Saya sukakan tubuh dan kulit saya. Dan saya tidak pernah sama sekali berasa malu dengan segala benjolan atau selulit… dan kamu juga tidak patut rasa begitu. #beautybeyondsize #lovetheskinyourein”

Oh, we love her so much!

Dan kini, semenjak dia berbadan dua, sudah tentu pelbagai perubahan tubuh akan dialami wanita ini. Dan sesungguhnya jika kamu semua ingin tahu, fasa ini langsung tidak mengganggu kehidupan seharian Graham, malah dia lebih gembira dan teruja menempuh hari-harinya berbadan dua. Kita dapat lihat apabila baru-baru ini, dia memuat naik satu lagi foto dengan kapsyen berbaur body positivity (berbogel dan menunjukkan kesan-kesan pecah lemak serta selulit yang terdapat pada tubuhnya,

Model Ashley Graham

Same same but a little different.”

Ramai teman selebriti turut sama meninggalkan komen pada foto Ashely seperti Lily Aldrige, jurusolek Katie Jane Hughes juga Dr. Pimple Popper. Apatah lagi, peminatnya. Ada yang memuji,

I love this. We are all beautiful and unique. A size 6 or 36 it doesn’t matter we are all human. I love how you embrace you. You inspire me to love the body I have now after my 3 pregnancies 😍,” [email protected]
They aren’t stretch marks, those are LIGHTING BOLTS OF FABULOUSNESS!!!” [email protected]

Graham juga pernah memberitahu majalah Glamour sebelum ini,

Saya menggunakan tubuh saya untuk wanita-wanita di luar sana sedar bahawa ketidaksempurnaan itu sebenarnya OK. That cellulite, rolls, curves, all of it, things that jiggle that shouldn’t be jiggling, it’s OK.”

Model Ashley Graham

p/s: Teman-teman, 4 bulan lagi hendak menuju ke tahun 2020. Saya tahu, masih ada kamu yang di luar sana belum puas dengan diri sendiri. Sudah-sudahlah dengan rasa rendah diri melampau jika diri itu bertubuh gempal, wajah berjerawat, berselulit dan sebagainya. Sayangi diri jadikan Graham sebagai idola kamu, OK?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE