SEARCH

Siapa Tampil Lain Daripada Yang Lain di MTV VMAs 2019 Kali Ini?

Siapa Tampil Lain Daripada Yang Lain di MTV VMAs 2019 Kali Ini?

Semalam berlangsungnya majlis anugerah ikonik Hollywood, MTV VMAs 2019, yang mana mengumpulkan barisan artis popular yang mempertandingkan video-video muzik hebat mereka. Tema dan konsep yang sentiasa sama saban tahun yakni “anything goes”, maka semalam di karpet merah boleh dikatakan ramai yang hadir dengan berbagai ragam. Ada yang bergaya biasa, ada yang tampil ekstra dengan aksesori ‘hidup’. Seperti yang kita tahu juga, MTV antara majlis anugerah yang tidak begitu tegas dan sentiasa menjadi medium selebriti untuk bergaya rebel. Dan ini membuatkan mereka yang hadir tidak terlalu tertekan dalam bergaya dan membuat persembahan. Mereka lebih kepada hanya untuk bergembira. Jauh berbeza daripada anugerah Grammy. Oleh itu, kita tidak mungkin dapat lupakan sejarah Lady Gaga tampil tergantung di siling ketika persembahan Paparazzi pada 2019, Kanye moment dan banyak lagi! Usah bicara panjang lagi, saya ingin kongsikan kali ini siapa selebriti yang tampil lain daripada yang lain di MTV VMA 2019 tahun ini.

H.E.R

MTV VMAs 2019

Sering tampil dengan pelbagai gaya dan rajin bereksperimen, untuk majlis anugerah kali ini, H.E.R langsung tidak ketinggalan untuk menarik perhatian ramai. Tampil dengan aksesori ‘hidup’ iaitu ular yang melilit lehernya membuatkan ramai terpana dengan gayanya malam itu. Selain tampil dengan gaya rambut box braids yang hampir mencecah kakinya, solekan H.E.R pada malam itu juga memfokus kepada untuk memberi sinar seri ekstra pada wajahnya oleh jurusolek Marissa Vossen. Pada saya, H.E.R kelihatan cukup effortless sekali dalam keseluruhan beauty look nya itu.

Adriana Lima

MTV VMA 2019

Yang paling seksi pada saya malam itu. Tampil dengan gaya rambut seperti baru sahaja keluar dari kamar mandi. Segala tentang Lima pada malam itu adalah sempurna kelas pertama. Penata gaya, Andrew Fitzsimons berjaya mencipta gaya rambut wet ‘N wavy pada Lima! #STAILLAVV

Zara Larsson

MTV VMAs 2019

Perkataan pertama yang terpacul daripada mulut saya apabila melihat Zara ialah sudah tentu manis. Mengenakan palet dreamy merah jambu lembut dan ditata dalam bentuk monokromatik pada seluruh kanvas wajahnya itu tampak kelihatan sempurna sekali.

FKA Twigs

MTV VMAs 2019

Jarang saya lihat Twigs menggayakan rona rambut lain, dan kali ini dia tampil dengan rona oren halia. Kena pula dengan rona solekan mata serta bibirnya. Dan stail rambut ringlet nya itu cukup padan dengan keseluruhan looknya malam itu.  Walaupun tampak seperti begitu bersahaja, Twigs sebenarnya punya auranya yang tersendiri yang membuatkan banyak mata terlekat memandang si cantik ini.

Camila Cabello

MTV VMAs 2019

Mata saya terpana melihat rambut kerinting panjang mengurai milik Camila ini. Menurut Dimitris Giannetos, penata gaya rambut Camila malam itu, mereka memilih untuk memberi wanita ini gaya rambut kerinting ber volume agar seiring dengan konsep yang mereka tampilkan pada Camila iaitu seperti wanita dari kayangan pada masa sama tampil cukup seksi bersahaja. “Saya mahu highlight rambut kerinting semula jadinya itu sambil mengenakan gaun Balmain sekaligus membuatkan dia kelihatan seperti ratu Grecian.”

Halsey

MTV VMAs 2019

“Dia gemar menjadi tumpuan ramai dan suka mengubah sesuatu yang normal. Saya pula akan memastikan untuk Halsey tampil dengan stail rambut yang paling simple agar fokus utama gayanya (pelangi yang dilakar pada akar rambut) menjadi highlight kepada keseluruhan gayanya,” kata Florido, penata gaya rambut Halsey untuk malam itu dan mengatakan segala idea datang daripada penyanyi itu sendiri.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE