SEARCH

K-Drama ‘My ID is Gangnam Beauty’ Dedah Standard Kecantikan Sebenar Wanita Korea

K-Drama ‘My ID is Gangnam Beauty’ Dedah Standard Kecantikan Sebenar Wanita Korea

Saya baru sahaja habis menonton siri drama Korea popular, My ID is Gangnam Beauty. Dan terdetik di hati saya untuk menulis tentang budaya masyarakat Korea ini. Bagaimana kecantikan itu amat penting bagi wanita di Korea kerana bagi mereka, tanpa kecantikan, mereka hidup di bawah tekanan. Dan seperti yang kita tahu, Korea juga syurga surgeri plastik. Mereka punya barisan hospital yang diiktiraf terbaik seluruh dunia. Mengikut kajian juga, statistik dari tahun 2009 hingga 2015 menunjukkan peningkatan sehingga satu pertiga wanita di Seoul pernah melakukan surgeri ke atas wajah mereka.

My ID is Gangnam Beauty

Bintang utama siri Drama “My ID Is Gangnam Beauty”: Jo Woo Ri, Im Soo Hyang dan Cha Eun Woo

Pada mereka, jika wajah tidak cantik, peluang pekerjaan serta kemungkinan untuk mendapat kawan juga amat tipis. Maka, tidak hairan jika ada antara mereka yang terlalu depresi sehingga mahu bunuh diri. Ini terbukti dalam siri drama ini. Watak Kang Mirae yang dilakonkan oleh Im Soo Hyang, harus berdepan dengan masalah seperti berat badan berlebihan, muka berjerawat, struktur wajah tidak ideal serta memiliki mata jenis monolid. Akibat daripada penampilannya ini, dia dibuli sejak daripada sekolah lagi.

Kata orang, masyarakat Korea hari ini juga sudah mula menerima wanita yang memiliki kecantikan semula jadi. Namun, kecantikan semula jadi mereka ini juga masih dikategorikan sebagai kecantikan konvensional. Disebabkan ada golongan wanita seperti ini, maka di dalam siri ini turut memaparkan konflik di antara isu kecantikan semula jadi dan kecantikan plastik.

Mari saya kongsi antara babak-babak highlight di dalam drama “My ID is Gangnam Beauty” yang menggambarkan budaya masyarakat Korea hari ini,

Skor wajah

My ID is Gangnam Beauty

Disebabkan Kang Mirae dibuli sejak kecil kerana wajahnya yang tidak cantik itu, dia mula menghakimi satu persatu wajah wanita sekelilingnya. Dari bentuk mata, muka hingga ke bibir, dia akan memberi skor kepada kecantikan seseorang wanita itu. Nampak sahaja baik, mungkin kerana sudah dibuli menyebabkan Kang Mirae ingin membalas dendam dengan menghakimi kecantikan setiap wanita yang dia nampak.

Kecantikan di hakimi oleh masyarakat secara terbuka

My ID is Gangnam Beauty

My ID is Gangnam Beauty

My ID is Gangnam Beauty

Dengan trend surgeri plastik yang semakin berleluasa di Korea, tidak dinafikan, wajah wanita-wanita ini sepertinya sama sahaja. Oleh sebab itu mereka ini digelar, “Gangnam Beauty”. Bukan satu panggilan yang baik, ia sebenarnya panggilan untuk memerli wanita yang melakukan pembedahan plastik secara keterlaluan. Bukan itu sahaja, di dalam drama ini juga, kita dapat lihat bagaimana tahap kecantikan itu melambangkan cara mereka dilayan oleh orang sekeliling. Jika kamu seorang yang cantik, kamu akan mendapat manfaat yang banyak. Di dalam drama ini juga kamu dapat melihat bagaimana pelajar lelaki mengkritik penampilan pelajar wanita di hadapan mereka sendiri.

Kecantikan Dalaman Lebih Penting

My ID is Gangnam Beauty

My ID is Gangnam Beauty

My ID is Gangnam Beauty

Walau bagaimanapun raut wajah kamu, akhirnya kecantikan dalaman yang lebih penting. Satu lagi karakter, Soo Ah (Jo Woo Ri), membawa watak wanita yang memiliki kecantikan semula jadi. Walaupun pada awalnya dia dikenali sebagai seorang wanita yang lemah-lembut, di akhir cerita, barulah terserlah niat jahat yang selama ini dipendam Soo Ah. Ramai (termasuk saya juga) tertipu dengan karakter wanita berwajah comel dan baik ini. Hatinya lebih busuk di antara semua wanita. Maka, jangan layan setiap orang itu hanya berdasarkan rupa paras sahaja. Kita tidak tahu, hatinya baik atau pun tidak. Di dalam drama ini juga, kita dapat lihat beberapa pelajar lelaki mula mengetahui perangai sebenar Soo Ah dan mula menjauhkan diri daripada wanita ini.

Buat kamu yang belum menonton siri drama popular ini, bolehlah tonton di Netflix!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE