SEARCH

Rambut Neon Pink Kylie Jenner Yang Menarik Perhatian Di #Coachella2018

Rambut Neon Pink Kylie Jenner Yang Menarik Perhatian Di #Coachella2018

Banyak yang berlaku dalam kehidupan Kylie Jenner sejak beberapa bulan ini. Dia baru sahaja melahirkan anak perempuan sulung, Stormi, kemudian melancarkan rangkaian solekan dan kosmetik di bawah jenama namanya sendiri.

Keluarga kontroversi Kardashian-Jenner ini turut menyambut Chicago West dan juga baby girl Khloe. Bulan ini sahaja, dia melancarkan Kylie Cosmetics, jenama kosmetik yang berkolaborsi dengan seorang lagi Kardashian yang terkenal, Kourtney Kardashian.

Sangat menakjubkan yang dia punya masa untuk Coachella. Baru-baru ini dia sempat menayang rambut barunya yang berwarna merah jambu neon untuk Coachella 2018 di Instagram!

A post shared by Kylie (@kyliejenner) on


Kylie memuat-naik bukan satu, tapi tiga kiriman Instagram, menunjukkan rambut baru terbarunya itu dalam warna merah jambu neon. Di satu kiriman gambar yang lain, dia mendedahkan kepada peminat yang dia menggunakan “Cotton Candy Cream Kylighter” daripada koleksinya, dengan kapsyen yang berbunyi:

I’m not a regular mom, I’m a cool mom,” – Kylie Jenner

Nampaknya Jenner juga tidak ketinggalan untuk mencuba trend warna rambut terhangat untuk 2018 ini. Kim Kardashian telah pun mencubanya awal tahun lalu. Walaupun dia pernah berjanji untuk tidak mewarnakan rambut dan kekal dengan warna rambut hitam pekatnya yang panjang itu, Coachella 2018 adalah alasan terkukuh untuk dia mematahkan janjinya itu.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE