SEARCH

No Makeup Makeup Look: 5 Produk Cantik Mesti Miliki Cipta Solekan Minimal

No Makeup Makeup Look: 5 Produk Cantik Mesti Miliki Cipta Solekan Minimal

No Makeup Makeup Look: 5 Produk Cantik Mesti Miliki Cipta Solekan Minimal

Walau kini ramai yang memilih solekan bold dan penuh statement, solekan No Makeup Makeup Look ini masih tetap menjadi pilihan. Ini kerana ia sesuai digayakan untuk solekan harian. Kami memberi kamu beberapa seleksi pilihan produk yang perlu kamu miliki untuk mencapai solekan minimal dan segar.

BEDAK ASAS

Pilih krim BB atau bedak asas jenis glow untuk efek kulit yang lebih segar. Bukan itu sahaja, bedak asas jenis ini memiliki formula liputan yang ringan dan tidak menebal pada wajah. Selain itu, fungsi bedak asas ini di dalam solekan adalah untuk melitup serta memberi hasil solekan yang lebih mulus. Namun, jika kamu memiliki kulit jenis bermasalah, tambahkan penyamar noda hanya pada bahagian yang perlu dilitup kemudian adunkan bersama bedak asas.

Bedak asas pilihan STAIL.MY,

GEL KENING

Kening memainkan peranan penting dalam solekan wajah. Jika kening tidak dirapi dengan betul, pastinya solekan tampil tidak cantik. Untuk mendapatkan alis kening sempurna, padankan rona kening yang sepadan dengan rona rambut. Jika kamu sudah merapi kening sempurna dan mahu mendapatkan hasil solekan kening yang natural, gunakan maskara gel kening jenis clear. Jika kamu mahukan sedikit simbahan warna pada kening, boleh juga mencuba tinted brow gel.

Gel kening pilihan STAIL.MY,

MASKARA

Mata akan tampil lebih besar jika kamu tahu menggunakan maskara dengan cara yang betul. Jangan sesekali mengalis maskara pada bulu mata sehingga ia tampil tebal dan bergumpal. Pilih maskara yang memiliki formulasi memanjang serta melentik. Ingat! Jangan layangkan maskara secara berlapis-lapis, anda tidak mahu di hujung hari nanti masa yang diambil until mencuci mekap mata sahaja sudah berjam-jam!

Maskara pilihan STAIL.MY,

PEMBAYANG PIPI

Untuk mendapatkan hasil solekan yang natural, pemilihan pembayang pipi juga amat penting. Elakkan menyapu pembayang pipi secara berlebihan. Pembayang pipi termasuklah pemerah pipi, bronzer juga penggunaan palet kontur. Jika kamu memiliki kulit yang cerah, padankan pembayang pipi berona merah jambu lembut. Buat kamu yang memiliki kulit jenis sawo matang atau gelap, pilih rona-rona tanah atau koral. Ini bagi menaikkan lagi seri solekan natural pada wajah.

Pembayang pipi pilihan STAIL.MY,

GINCU BIBIR

Rona-rona lembut serta natural adalah pilihan yang sesuai dan kena dengan gaya mekap minimal ini. Seperti rona taupe atau merah jambu lembut adalah rona yang sesuai dipakai secara harian. Sebelum mengoles gincu bibir, pastikan kamu pakai salap bibir. Ia membantu merawat serta melembutkan permukaan bibir agar gincu yang dioles tampil cantik dan mulus. Elakkan memilih gincu jenis matte yang melampau sehingga boleh mengeringkan kulit bibir. Seeloknya pilih gincu yang berkemasan krim dan melembap untuk kelihatan lebih segar.

Gincu bibir pilihan STAIL.MY,

You May Also Like

Leave a Reply