SEARCH

NOVU Aesthetics Buka Cawangan Pertamanya di Malaysia

NOVU Aesthetics Buka Cawangan Pertamanya di Malaysia

Setelah merantau ke hampir 11 buah negara, akhirnya NOVU Aesthetics berkunjung ke Malaysia dan melabuhkan cawangan ke-250 nya di Parkson, Sunway Pyramid. Pusat estetika yang bukan sahaja menampilkan rawatan kulit wajah terbaik namun ia turut hadir dengan rangkaian harga yang berpatutan.

NOVU Aesthetics

Cepat, selamat dan mudah di akses. NOVU Aesthetics hadir dengan sistem signaturnya dipanggil FastheticsTM di mana ia sistem serta teknologi selamat di dalam rawatan yang dicipta mengikut keperluan harian yang diperlukan serta diluluskan oleh doktor.

Di NOVU Aesthetics ini juga terdapat servis NOVU 360 Skin Solution di mana di sinilah kabin spa disediakan untuk para pelanggan untuk mendapatkan rawatan spa wajah terbaik mengikut kehendak kulit masing-masing.

Antara rawatan yang disediakan oleh NOVU ialah seperti P+ Phyto Laser. Kami juga turut berpeluang mencuba rawatan ini. Ternyata ia cepat dan hanya mengambil masa 20 minit untuk satu sesi ini. Rawatan P+ Phyto Laser ini berfungsi dalam mengurangkan penghasilan pigmentasi pada wajah. Di samping itu ia membantu mengembalikan tekstur kulit yang lebih lembut serta menghilangkan garis halus serta kedutan di wajah. Rawatan ini tidak membahayakan kulit wajah dan sesuai untuk semua jenis kulit. Hasil daripada rawatan ini kamu akan berpeluang melihat kulit wajah yang lebih cerah dan bersih. Ia akan lebih berkesan jika rawatan ini dilakukan dalam beberapa sesi mengikut kesesuaian kulit wajah kamu.

NOVU Aesthetics

Antara rawatan lain yang terdapat di pusat estetika ini ialah rawatan yang dipanggil Radiance Light. Sesuai buat mereka yang mahukan kulit yang lebih cerah dan berseri secara sihat. Rawatan yang menggunakan prosedur Intense Pulsed Light (IPL) yang mencurah spektrum luas denyutan cahaya polikromatik menembusi kulit wajah. Bukan itu sahaja, ia turut merangsang penghasilan kolagen semula jadi dan juga mengurangkan penghasilan sebum yang mampu mengakibatkan jerawat timbul. Rawatan ini disarankan untuk dipandankan bersama rawatan P+ Phyto Laser untuk hasil yang lebih optimum.

NOVU Aesthetics

NOVU Aesthetics

Kunjungi NOVU Aesthetics hari ini untuk ketahui serta mendapatkan konsultasi lebih lanjut di Sunway Pyramid hari ini. Mereka turut menyediakan diskaun istimewa buat kamu yang pertama kali berkunjung!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE