SEARCH

Nu Skin Lancar Dua Produk Koleksi ageLOC® LumiSpa™ Terbaru

Nu Skin Lancar Dua Produk Koleksi ageLOC® LumiSpa™ Terbaru

Minggu lalu STAIL dijemput menghadiri pelancaran eksklusif dua produk terbaharu di dalam rangkaian ageLOC® LumiSpa™ oleh Nu Skin. Dua produk terbaharu itu ialah ageLOC® LumiSpa™ Accent dan ageLOC® LumiSpa™ IdealEyes Activating Eye Cream. Dua produk ini berfungsi dalam memberi penjagaan lebih serta merawat bahagian kulit lembut di sekeliling mata. Sememangnya seperti yang kita semua tahu, mata antara bahagian kulit yang paling cepat menunjukkan kesan menua kerana lapisan kulitnya yang begitu nipis.

ageLOC® LumiSpa™ Accent adalah  sejenis tombol kalis air dan direka khas untuk dipasangkan pada alat peranti ageLOC® LumiSpa™. Keistimewaan tombol ini ialah ia dicipta menggunakan teknologi eksklusif yang mampu mengawal pergerakan peranti dengan tepat serta dengan adanya silikon pada hujung tombol yang digunakan untuk mengurut bahagian mata ini, ia mampu memberikan hasil kulit mata yang lebih segar dan sihat. Silikon ini juga diperbuat daripada bahan perak anti mikrobial.

Manakala ageLOC® LumiSpa™ IdealEyes Activating Eye Cream ini pula adalah krim gandingan terbaik bersama alat peranti ageLOC® LumiSpa™ Accent ini. Selain kandungan ramuan ageLOC signatur sedia ada Nu Skin, krim ini juga mengandungi Kompleks Peptida yang membantu merawat kulit dengan baik. Bukan itu sahaja, Tetrahexyldecyl Ascorbate iaitu sejenis Vitamin C juga diadun di dalam krim ini untuk membantu kulit daripada serangan radikal bebas.

Terdapat bahan lain yang boleh didapati di dalam krim ini juga. Antaranya seperti ekstrak plankton, yang berfungsi mengurangkan penampilan pigmentasi bawah mata, Squalene yang bertujuan untuk melembap dan mengekalkan keanjalan kulit serta Kompleks Antioksidan yang membantu melindung kulit daripada tekanan sekeliling.

Nu Skin

Hasil penggunaan dua produk ini bersama mampu memberikan hasil kulit mata yang lebih anjal, bebas kedutan halus serta lebih cerah, terhidrat dan segar. Bukan itu sahaja, ia mampu merawat lingkaran gelap bawah mata serta mereka yang memiliki bawah mata bengkak dan berkedut.

Nu Skin

Kit ageLOC® LumiSpa™ ini mengandungi ageLOC® LumiSpa™ Accent, lampiran ageLOC® LumiSpa™  Accent, tip silikon serta ageLOC® LumiSpa™  IdealEyes Activating Eye Cream. Ia boleh didapati pada harga RM572 di nuskin.com.my

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE