SEARCH

#BeautyReport Shine & Glitzy Di NYFW Musim Bunga 2020

#BeautyReport Shine & Glitzy Di NYFW Musim Bunga 2020

Banyak benda menarik yang sudah dipertontonkan sepanjang minggu NYFW musim bunga 2020. Walaupun kini masih sedang lagi berlangsung, kita sudah dapat rasai kemeriahannya semenjak dari hari pertama lagi. Dan saya sudah tidak sabar untuk menunggu hingga ke akhir pertunjukan NYFW. Makanya, saya hari ini saya ingin kongsikan sedikit sebanyak #BeautyReport yang dapat saya kumpulkan hingga hari ini. Apa yang menarik ya? Banyak!

Jeremy Scott

NYFW Musim Bunga 2020

Seperti yang kita sudah jangkakan, pentas Jeremy Scott ini akan meriah baik dari segi koleksinya mahupun solekan dan dandanan rambut pilihan jenama ini. Memilih tema siri animasi 80-an yang berkonsepkan rock band perempuan. Solekan editorial diambil inspirasinya daripada kumpulan The Mistfits dan penyanyi pop Jerman, Nina Hagen yang sering tampil dengan solekan punk-goth.

Collina Strada

NYFW Musim Bunga 2020

Back to nature. Itulah konsep pentas Collina Strada kali ini. Dengan aksesori sayuran seperti kale, timun dan lobak merah ini, menurut kata jurusolek yang bertanggungjawab, Allie Smith, ia sesuatu yang segar dan tidak dapat dijangka. Apakah yang membuatkan sayur-sayuran ini terletak cantik pada wajah model? Rahsianya, serum yang bagus. Smith menyarung serum daripada Grown Alchemist. “Lembapan daripada serum ini yang membuatkan sayuran itu terlekat cantik. Nature’s amazing,” tambah Smith.

Tomo Koizumi

NYFW Musim Bunga 2020

Mempersembahkan solekan yang berkonsepkan euphoric. Kelunakan dan kegirangan yang ditampilkan pada solekan ini cukup menggambarkan koleksi terbaru Tomo Koizumi. Model Ariel Nicholson paling menarik perhatian ramai. Dia tampil dengan dandanan rambut over-the-top dan dipadankan pula bersama solekan mata dramatik hasil jurusolek legenda Pat McGrath.

Area

NYFW Musim Bunga 2020

Turut menarik perhatian ramai. Aksesori hiasan barang kemas pada wajah seolah-olah membawa kita ke era neo fashion sci-fi flick. Tatahan berbeza-beza pada setiap wajah model yang melewati pentas Area ini. Ada yang menggayakan gantungan aksesori pada telinga, ada yang terletak cantik di bahagian mata, bibir dan pipi. Mungkin ini boleh dijadikan inspirasi untuk kamu gayakan di festival muzik akan datang?

Neelofa

NYFW Musim Bunga 2020

Antara yang menarik perhatian kami dan tidak mungkin kami lupakan untuk selitkan di sini. Antara look terbaik daripada Neelofa. Tahniah Bosco kerana senantiasa tidak menghampakan kami dan memberikan yang terbaik dan tercantik untuk Lofa. Saya tanya, apakah inspirasi di sebalik beauty look Lofa ini, kata Bosco, “Saya melihat sendiri suasana kota New York yang tidak pernah tidur. Lights, shine and glitzy. Itulah inspirasi saya. Dan juga, saya ingin tampilkan Lofa agar lebih fun and fresh. Vibe New York ini berbeza ya dengan vibe yang dapat dirasakan di Eropah.”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE