SEARCH

#BeautyReport: 5 Solekan Mata Yang Menjadi Highlight NYFW Musim Luruh 2018

#BeautyReport: 5 Solekan Mata Yang Menjadi Highlight NYFW Musim Luruh 2018

NYFW musim luruh 2018 baru sahaja berakhir. Dan minggu fesyen kini bukan sahaja tentang memperagakan busananya tetapi juga tentang persembahan trend solekan dan gaya rambut yang bakal kita saksikan untuk digayakan pada musim yang seterusnya. Apa yang pasti dan boleh saya rumuskan, segalanya adalah tentang solekan mata. Kita dapat saksikan solekan glitters menghiasi pentas Ulla Johnson, solekan mata bold di pentas Adam Selman, solekan penuh artistik di pentas Jeremy Scott dan bermacam lagi. Jom lihat saya rumuskan 5 solekan mata yang menjadi highlight di pentas NYFW musim luruh 2018.

1. Adam Selman

 

NYFW Musim Luruh 2018

Solekan mata grafik dan bold menjadi pilihan di pentas Adam Selman. Rona biru neon bertemu hitam memberi satu look yang garang dan edgy. Dipadankan pula dengan gaya rambut wet look serta bahagian bangs disisir rapi ke tepi.

2. Jeremy Scott

NYFW Musim Luruh 2018

Manakala di pentas Jeremy Scott pula yang senantiasa bermain dengan pilihan palet warna-warni dan fun. Kali ini memilih solekan mata yang digelar negative space cat eyes. Bak kata Jeremy, semua orang pada masa hadapan di tahun 3000 akan mengenakan gaya seperti ini, rambut bob neon dan solekan mata sebegini.

3. Tibi

NYFW Musim Luruh 2018

Memilih palet rona biru dan ungu untuk solekan mata di pentas Tibi, sesuai buat kamu yang mahukan gaya minimal namun ada percikan warna pada wajah. Seperti model ini, layangan rona biru di bahagian hujung mata untuk mencipta bentuk cat liner dan kemudian gantikan rona hitam klise yang sering digayakan bawah mata dengan rona lebih terang seperti ungu.

4. Christian Siriano

NYFW Musim Luruh 2018

Bukan sahaja solekan mata menjadi tatapan malah tatarias kuku juga antara yang menarik perhatian saya. Jika fokuskan pada solekan mata, jurusolek Polly Osmond memilih inspirasi Grace Jones yang mengenakan solekan mata color block. Pilihan rona merah jambu dan bawah mata digariskan dengan pensel rona biru cipta ilusi mata lebih ceria dan manis.

5. Noon By Noor

NYFW Musim Luruh 2018

Rona kuning neon dialis penuh pada bahagian kelopak mata sehingga hampir ke alis kening kemudian bahagian seluruh wajah lain dibiarkan kosong. We love this look, nampak simple namun ada sesuatu yang pasti menangkap perhatian kamu.

6. Kate Spade

NYFW Musim Luruh 2018

Siapa kata solekan mata jewelled dotted eyes ini tidak boleh digayakan pada musim luruh? Sedangkan glitters juga sudah menjadi trend, apa salahnya menggayakan solekan mata ala ini. Gantikan solekan pembayang mata dengan butir kristal putih menghiasi seluruh kelopak mata. Menarik, bukan?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE