SEARCH

Saya Kongsi Tip Serta 5 Gincu Bibir Merah Terbaik Inspirasi Solekan Nyonya

Saya Kongsi Tip Serta 5 Gincu Bibir Merah Terbaik Inspirasi Solekan Nyonya

Baru-baru ini kami berkunjung ke Melaka untuk trip #inStailgramWorthy kami. Jika tahun lalu kami ke Ipoh dan Pulau Pinang, kali ini kami memilih kota bersejarah sebagai destinasi pilihan! Empat hari berada di sana, bermacam-macam aktiviti menarik kami lakukan. Kami juga tidak melepaskan peluang berjalan di sekitar Jonker Street. Sepanjang berada di sana, saya juga tidak melepaskan peluang memasuki kedai-kedai vintaj yang diusahakan oleh penduduk lokal, antaranya seperti yang menjual kasut manik jahitan tangan serta kebaya-kebaya nyonya. Mereka masih memperjuangkan warisan Peranakan dan oleh kerana itu, saya juga menjadi terinspirasi untuk menyelongkar kecantikan wanita Peranakan ini.

Saya masih ingat, ketika kecil dahulu siri popular Baba Nyonya menjadi siri kegemaran saya yang bermain di kaca TV3. Dan dari situ juga, saya mula mengenali kewujudan masyarakat Peranakan ini. Wanita Peranakan memiliki gaya penampilan yang klasik. Signatur solekannya pula pastinya mengenakan solekan wajah yang mulus, dipadan dengan pipi merah serta gincu bibir merah. Rambut pula digayakan sanggul berserta aksesori seperti bunga.

Nyonya

Highlight utama di dalam solekan Nyonya pada saya sudah tentu bibirnya. Namun, untuk mendapatkan solekan bibir merah yang sempurna, saya punya beberapa tip untuk kamu.

1- Jika kamu ingin memakai gincu bibir merah, saya sarankan untuk sebelah siang, kamu pilih rona merah yang sedikit terang dan lembut, manakala untuk sebelah malam, pilih rona merah yang sedikit gelap untuk menyerlahkan lagi kontur wajah kamu.

2- Jika kamu memiliki bibir yang agak nipis, jangan sarung gincu bibir merah yang gelap. Ia hanya akan membuatkan bibir kamu nampak lebih nipis.

3- Jangan sarung solekan mata yang dramatik jika kamu sudah melayangkan gincu bibir merah. Cukup sekadar melayangkan rona-rona lembut dan maskara sahaja.

4- Untuk elakkan solekan bibir merah kamu nampak comot dan tidak kemas, oleskan concealer di sekitar bibir setelah selesai menyarung gincu bibir merah. Ingat, gincu bibir merah ini harus disarung dengan teliti. Kalau comot, habis rosak solekan kamu!

Mari saya senaraikan 5 gincu bibir merah terbaik untuk kamu cuba.

Nyonya

Marc Jacobs Beauty Enamored Hi-Shine Lip Lacquer Lipgloss Rebel Rebel 308 RM120

Nyonya

Make Up For Ever Artist Rouge Lipstick M402 Matte Brick Red RM100

Nyonya

Tom Ford Beauty Boys & Girls Lip Color 07 Dylan RM136

Nyonya

Chanel Le Rouge Crayon de Couleur Subversion 265 RM142

Nyonya

Guerlain La Petite Robe Noire Deliciously Shiny Lip Colour 064 Pink Bangle RM133

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE