SEARCH

Obses Dengan Mekap Punca Kulit Rosak, Saya Kongsi 5 Tip Bagaimana Untuk Mendapatkan Kulit Bersih dan Sihat

Obses Dengan Mekap Punca Kulit Rosak, Saya Kongsi 5 Tip Bagaimana Untuk Mendapatkan Kulit Bersih dan Sihat

Ramai yang saya lihat di luar sana terutama sekali di kalangan remaja yang begitu obses dengan mekap sedari usia yang muda lagi. Lebih-lebih lagi dalam artikel semalam saya yang menceritakan kisah jurusolek remaja lelaki yang semakin popular hari ini.

Bukan itu sahaja, ada juga yang saya lihat video anak-anak kecil bermain dengan alat mekap. Memang nampak comel sekali bila kita lihat anak kecil mencalit gincu di bibirnya, menyapu pemerah pipi setebal-tebalnya. Namun tahukah bahan-bahan kimia ini kadang-kala boleh menyebabkan kulit mulus bayi ini rosak. Main pula dengan berus mekap yang kotor, tidak pasal-pasal boleh mendatangkan keradangan kulit.

Begitu juga remaja sekarang, rata-rata budak-budak sekolah juga saya lihat sudah pandai mengenakan foundation ke sekolah. Saya hanya mampu menggelengkan kepala. Begitu advance sekali remaja zaman sekarang.

Kebanyakan juga mereka ini saya lihat di Instagram sering memuat naik foto bermekap tebal. Langsung selepas dicuci, nah lihat! Biji-biji jerawat dan bekas jerawat penuh satu wajah. Mungkin kamu mahu memprotes kata saya, mungkin kamu kata itu sememangnya masalah kulit yang terjadi berpunca faktor hormon, namun tidakkah kamu rasa mekap yang tebal itu antara faktor kulit kurang bernafas? Rimas saya melihatnya!

Bukan hendak saya katakan bersolek itu salah. Tidak sama sekali! Semua wanita berhak untuk tampil cantik. Namun caranya harus betul. Ibarat sesebuah lukisan itu pastinya akan nampak lebih cantik jika kanvasnya lebih bersih dan suci. Jadi apa lagi, mari saya kongsikan 5 tip bagaimana mendapatkan kulit yang lebih bersih dan sihat.

 

1)    Cuci mekap sebelum tidur

Semua orang sudah tahu tentang fakta ini, namun saya pasti ada di kalangan kamu yang masih tidur dengan solekan di muka. Sila nyah jauh perangai tidak elok ini. Kulit kamu seharusnya ditinggalkan bersih sebelum tidur. Biar kulit boleh bernafas sempurna. Kulit yang dibiarkan kotor (bayangkan di sebelah siang kulit kamu terdedah dengan asap kotor, sinar terik matahari dan pelbagai lagi) pasti akan membantutkan proses pemulihan kulit sepanjang kamu tidur.

 

2)    Sapu krim malam

Krim malam mempunyai fungsinya yang tersendiri. Sepanjang kamu tidur, krim ini beroperasi untuk memulihkan kulit kamu menerusi bahan aktif yang terkandung. Jika kamu perasan, krim malam memiliki tekstur yang lebih kaya, ini kerana bahan kandungannya juga lebih berkuasa dan mampu merawat dengan lebih baik sepanjang kulit kamu sedang lagi berehat iaitu sewaktu kamu tidur.

 

3)    Rajinkan untuk menyapu pupur pada wajah

Percayalah pupur tradisional menggunakan bahan di dapur mampu membersih dan merawat wajah sama hebat dengan produk sedia ada di pasaran (malah lebih baik!). Cuba pupur tradisional menggunakan tomato. Tumbuk dua biji tomato hingga lumat kemudian lumurkan pada wajah yang telah dicuci. Biarkan sehingga kering, kemudian bilas. Kamu pasti dapat lihat yang kulit wajah terasa lebih bersih, berseri dan cerah.

 

4)    Amalkan skrub wajah sekurang-kurangnya sekali seminggu

Skrub dapat membantu membuang sel kulit mati. Namun kamu harus memilih skrub yang sesuai dengan jenis kullit kamu. Jika kamu rasakan kulit sangat kering atau terlalu tegang setelah menggunakan skrub itu, seeloknya kamu tukar kepada skrub yang lebih lembut. Ingat, sel kulit mati yang tidak ditanggalkan pada wajah hanya akan membuatkan kulit kamu kelihatan lebih kusam.

5)    Bersih wajah dengan betul

Jika kamu mengenakan mekap yang tebal, pastikan apabila kamu mencuci mekap kamu, ia dibersihkan sebersih-bersihnya. Saya tahu bahagian mata dan bibir adalah antara yang susah untuk tanggal. Saya sarankan untuk melakukan rutin double cleansing agar kulit lebih bersih. Mulakan dengan mencuci menggunakan pencuci muka jenis minyak. Gosok lembut pada wajah terutama bahagian mata kerana lapisan kulit di bahagian ini lebih nipis. Kita tidak mahu kulit cepat menua. Kemudian sesudah itu, cuci muka dengan pencuci normal kamu. Ini lebih bersih dan memuaskan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE