SEARCH

Padankan Lilin Wangi Diptyque Bagi Menghidupi Emosi

Padankan Lilin Wangi Diptyque Bagi Menghidupi Emosi

Melalui aroma, lilin wangi Diptyque berupaya melestarikan memori sejagat tentang aroma semula jadi. Diptyque memahami bagaimana mengungkapi deria dengan kesederhanaan dan kekayaan bahan haruman alami untuk menghasilkan secawan llilin wangi setepat yang mungkin dari banyak-banyak aroma tentang mimpi dan alam murni.

Cawan selepas cawan lilin, herbarium aroma yang luar biasa terciptakan. Senarai lilin wangi, hampir 80 puluh cawan kesemuanya.  Setiap orang boleh menggabungkan dua daripadanya, mengarang landskap haruman yang tersendiri. Diptyque mengundang kamu dalam perjalanan deria ke taman khayalan, di mana semua aspek alam separa sedar bertemu.

A Cabinet of Curiosities

 

MANJAKAN DERIAMU DENGAN LILIN WANGI DIPTYQUE…

Pilih lilin, lalu bersenang-senanglah memasangkannya dan langsung masuk ke dalam dunia aroma dan haruman dengan setiap kombinasi baru. Kami sudah lama memanja diri dengan lilin wangi Diptyque. Semuanya dimulai dengan hubungan kita dengan kombinasi.

Sejak 1963, Diptyque mencipta lilin wangi dengan trio bahan alami – bunga Hawthorn, kayu manis dan teh – untuk dipasang pada waktu senggang. Menjalani evolusi, tahun demi tahun seperti aroma kayu api, pohon ara, beri, lumut dan maquis. Sekitar 50 lilin wangi keluaran Diptyque sekarang, menawarkan kombinasi yang tak berpenghujung.

A night in Grasse

 

Setiap orang dapat menciptakan suasana baru, dalam aroma tertentu, emosi dari memori yang dihargai.

Masing-masing daripada kita punya momen ajaib ini.

Aroma apa yang bakal terhasilkan jika kamu menggabungkan (lilin wangi Diptyque) ‘Hazelnut’ bersama ‘Moss’? Jalan-jalan di hutan, mungkin? Atau ‘Pomander’ dan ‘Wood Fire’? Apakah bakal menghadir manisnya malam musim dingin yang dekat dengan pendiangan dan kehangatan api yang nyaman?

Guna kreativi kamu itu dengan menggabungkan lebih banyak kombinasi lilin wangi Diptyque di laman sesawang rasmi Diptyque.

In a boudoir

 

A Celebration in Veracruz

 

An Odalisque from a 1001 Night

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE