SEARCH

Kylie Jenner Sekali Lagi Dituduh Melakukan Pembedahan Plastik. Benarkah Berita Ini?

Kylie Jenner Sekali Lagi Dituduh Melakukan Pembedahan Plastik. Benarkah Berita Ini?

Ada sahaja netizen yang sering tidak berpuas hati dengan setiap tingkah laku keluarga Kardashian ini. Namun seperti yang kita tahu, keluarga ini juga apa kurangnya. Kadang-kala mereka juga yang sengaja mengangkat sesuatu isu agar keluarga dan jenama mereka menjadi bualan ramai. Baru-baru ini, Kylie Jenner telahpun mengumumkan tiga lagi produk baharu daripada Kylie Skin bakal menjengah pasaran akhir bulan ini. Makanya kita bakal dapat melihat strategi promosi beria-ia daripada Kylie Jenner selepas ini. Jangan terkejut, sejak kebelakangan ini, kebanyakan foto promosi yang telah dimuat naiknya itu kesemuanya menunjukkan sama ada tubuh separa bogel ataupun bogel terus. Dan yang paling menarik sekali, netizen sekali lagi telah mengaitkan Kylie Jenner dengan pembedahan plastik.

Benarkah berita ini kali ini?

View this post on Instagram

Summer Body 🦋

A post shared by Kylie (@kyliejenner) on

Di dalam salah satu foto yang dimuat naik Kylie menunjukkan foto tubuh tanpa wajah Kylie dengan kapsyen berbunyi “Summer Body 🦋” telah mendapat perhatian ramai. Kesempurnaan bentuk tubuh badan Kylie ini membuatkan netizen menjadi ragu-ragu. Ditambah pula dengan komen daripada kakaknya, Khloe, yang menunjukkan sokongan lantas mengatakan dia harus kunjung ke gim sekarang juga selepas melihat foto Kylie itu. Ada netizen yang bersuara lantang,

Pembedahan Plastik

Pembedahan Plastik

Pembedahan Plastik

Pembedahan Plastik

Pembedahan Plastik

Walaubagaimanapun, sehingga ke hari ini, Kylie sedikit pun tidak terkesan. Tidak memberi sebarang komen, seperti biasa dia memilih untuk mendiamkan diri dan membiarkan netizen ini terus bercakap tanpa henti. Walaupun dia dilihat sering tampil dengan kontroversi remeh seperti ini, apa kata kita sebagai netizen hanya fokus kepada kerjayanya sahaja. Afterall, her body is her choice… Dia boleh buat apa sahaja yang dia mahu buat dengannya. Kamu juga boleh.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE