SEARCH

Pencarian Terbanyak Tentang Kecantikan di Google Sepanjang 2018

Pencarian Terbanyak Tentang Kecantikan di Google Sepanjang 2018

Internet ialah satu medium yang penting dalam dunia hari ini. Belum tentu kita boleh hidup tanpa Internet hari ini. Setuju atau tidak? Manakala Google pula enjin gelintar utama dan menjadi pilihan pertama pelayar Internet dunia hari ini. Maka tidak hairan jika saya katakan, Google adalah ‘teman baik’ kita semua hari ini. Masakan tidak, setiap kali masalah timbul atau diri dibelenggu pelbagai dilema dan pertanyaan dan tiada siapa mahu membantu, pasti sahaja (dan saya percaya, sudah terbiasa) kita memilih Google untuk membantu kita. Lagi-lagi kita ini yang obses dengan dunia kecantikan semuanya kita cari. Baik tentang trik solekan, tip rambut cantik, rahsia penjagaan wajah sempurna, trend solekan dan bermacam lagilah. Baiklah hari ini, saya ingin berkongsi senarai yang telah dikeluarkan Google tentang pencarian terbanyak kecantikan sepanjang 2018!

Teruja sekali saat melihat senarai ini. Sememangnya, ramai yang begitu berminat tentang topik bulu mata ya! Adakah kamu juga begitu?
Pencarian Terbanyak Tentang Kecantikan di Google

Pencarian Topik Kecantikan Terbanyak Google 2018:

#1 Bagaimana cara memakai bulu mata magnet
#2 Apakah itu lash lift
#3 Bagaimana cara hendak membuang bulu mata jenis individu
#4 Rona rambut apakah yang cantik untuk saya
#5 Bagaimana cara untuk menyolek solekan mata cat eye
#6 Bagaimana cara untuk mencuci solekan tanpa menggunakan tisu basah
#7 Bagaimana cara untuk memakai aloe vera
#8 Bagaimana cara untuk solekan menghilangkan bulu kening
#9 Bagaimana cara untuk mengatasi masalah solekan cakey
#10 Penyamar noda apa yang digunakan

Pencarian Terbanyak Tentang Kecantikan di Google

Begitulah rumusan pencarian untuk tahun 2018, mari sama-sama kita nantikan apakah trend yang akan ditampilkan tahun hadapan, saya sendiri begitu teruja dan tidak sabar untuk menempuh 2019! Pastinya industri kecantikan akan senantiasa dihiburkan dengan trend-trend yang menyeronokkan! Adios 2018! 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE