SEARCH

Inspirasi Gaya Pengantin Berambut Pendek

Inspirasi Gaya Pengantin Berambut Pendek

Jarang sekali saya hadir ke majlis perkahwinan dan melihat pengantin perempuan berambut pendek. Mungkin kebanyakan pengantin perempuan dambakan rambut panjang kerana bagi mereka itulah look pengantin yang paling ideal apabila dipadankan dengan veil dan sebagainya. Namun tahukah kamu, sebenarnya mereka yang rambut pendek (terutama sekali yang memiliki rambut paras dagu) ini lebih efektif untuk menggayakan rambut pelbagai stail? Ini kerana rambut pendek lebih ringan dan tidak serabut dengan pin rambut yang banyak! Jadi, jika selepas ini kamu ada tanam rasa sangsi dan takut-takut hendak menggayakan rambut pendek di hari persandingan, usah rasa begitu lagi. Kami di sini bantu kamu senaraikan beberapa beauty look sebagai inspirasi untuk pengantin yang berambut pendek.

Pengantin Berambut Pendek

Pengantin Berambut Pendek

Kamu rasakan rambut pendek ini punya limitasi dalam penggayaan. Sebenarnya tidak. Kamu memiliki lebih banyak peluang untuk bermain dengan aksesori rambut seperti pin, barrettes, cekak atau juga tatahan batu mutiara. Jika kamu berambut pendek paras dagu, kamu boleh gayakan gulung glamor ala stail old Hollywood. Pernah kamu terfikir untuk mengenakan kemilau (glitters) di rambut? Jikalau majlis resepsi kamu moden, bolehlah kamu cuba gaya rambut seperti ini, taburkan sedikit kemilau di rambut kamu. Cantik!

Pengantin Berambut Pendek

Pengantin Berambut Pendek

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE