SEARCH

#RedCarpet Siapa Paling Cantik di E! People’s Choice Awards 2019?

#RedCarpet Siapa Paling Cantik di E! People’s Choice Awards 2019?

Ramai bintang Hollywood yang menghadirkan diri ke anugerah E! People’s Choice Awards 2019. Antaranya bintang ikonik Jennifer Aniston yang turut membawa pulang anugerah People’s Icon of 2019, Pink pula mengaut anugerah People’s Champion 2019 manakala Gwen Stefani pula dianugerahkan Fashion Icon of 2019. Kesemua anugerah ini adalah hasil undian peminat industri hiburan. Namun, dalam banyak-banyak anugerah itu, satu anugerah yang mana mereka tidak boleh undi. Itu adalah anugerah siapa tampil paling cantik. This is where we come in…

Pada kami secara jujurnya tiada satu pun yang tampil wow di karpet merah anugerah ini. Semuanya tampil biasa dan tiada sebarang x-factor yang ditonjolkan malam itu. Hanya sekadar bibir oren kemerahan Zendaya yang menarik perhatian, highlight biru di mata Tamera Mowry-Housley dan Gwen Stefani yang akhirnya tampil tanpa memakai gincu bibir rona merah!

Namun, apa yang disarung mereka ini tetap boleh dijadikan inspirasi kepada solekan yang sempurna. Mari kami kongsikan beberapa beauty looks yang menarik perhatian kami di karpet merah anugerah E! People’s Choice Awards 2019 ini.

Kim Kardashian West

E! People’s Choice Awards 2019

Sudah biasa melihat dia tampil sebegini di mana-mana. Lebih-lebih lagi look seperti ini mengingatkan kita kepada KKW Beauty. Betul atau tidak? Namun, memang ini kenyataannya pun. Jurusolek kegemaran Kardashian, Mario Dedivanovic mencipta solekan ini secara eksklusif dengan kolaborasi bersama KKW Beauty. Menyarung gincu bibir rona nude namun diserikan dengan glos daripada KKW x Winnie Gloss dalm rona Secret. Kemudian tidak cukup dengan itu, siapa yang mendekati Kardashian malam itu, pasti akan tertanya haruman apa yang disarungnya. Dia menyarung haruman dari koleksi jenamanya iaitu, KKW Diamond!

Sarah Hyland

E! People’s Choice Awards 2019

Solekan koral semakin menjadi pilihan. Kali ini Sarah Hyland memilih untuk menyarung solekan monokromatik koral. Bukan itu sahaja, dia turut memilih busana daripada rangkaian warna yang sama. Layangan pipi, bibir, mata rona koral ini sebenarnya membuatkan solekan seseorang itu nampak serta-merta segar dan dalam masa sama anggun. Setuju?

Zendaya

E! People’s Choice Awards 2019

Dan yang paling penting, solekan koral ini padan dengan semua jenis tona kulit. Baik putih melepak seperti Sarah atau juga hitam manis bak Zendaya. Memang simple look keseluruhan Zendaya pada malam itu. Namun, look effortless Zendaya ini nampak sungguh chic. Dengan gaya rambut stail topknot, solekan kening on-point kemudian wajah disolek polos membuatkan solekan bibirnya menjadi highlight malam itu… Yasss #STAILLAVV

Gwen Stefani

E! People’s Choice Awards 2019

Ikon fesyen 2019, Gwen Stefani, antara yang menarik perhatian ramai pada malam itu. Gwen yang kita kenali suka bereksperimen dengan pelbagai benda, dan solekan bibir merah sebenarnya bagai signatur solekan wanita ini. Namun, pada malam itu dia langsung mengendahkan solekan bibir merah, dan memillih untuk tampil dengan look ala-ala ‘sejuk’. Tampil dengan solekan fokus pada highlighter kemudian menyarung glos bibir dengan suntikan rona biru kemilau. Cukup padan sekali dengan busana yang disarungnya berserta rambut blonde nya itu.

Tamera Mowry-Housley

E! People’s Choice Awards 2019

Tampil dengan sedikit kelainan, Tamera memilih untuk bermain dengan solekan berwarna terang. Dia memilih solekan mata dengan layangan penggaris mata rona biru kehijauan. Kemudian dipadankan pula dengan gincu bibir rona merah jambu lembut sebagai pelengkap look solekannya malam itu. Namun, tidak cukup itu, kami juga sukakan bagaimana Tamera menggayakan rambutnya yang kerinting kemudian disisirkan semuanya ke atas. Bagi kami, secara keseluruhannya, beauty look Tamera antara yang paling menarik malam itu!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE