SEARCH

Saya kongsikan Cara Bagaimana Untuk Pilih Bedak Asas Yang Sesuai Mengikut Jenis Kulit Kamu

Saya kongsikan Cara Bagaimana Untuk Pilih Bedak Asas Yang Sesuai Mengikut Jenis Kulit Kamu

Pilih Bedak Asas Yang Sesuai Mengikut Jenis Kulit Kamu

Ramai yang sering bertanya kepada saya apakah bedak asas yang sesuai untuk kulit mereka. Ada yang buntu kerana sering tersalah pilih bedak asas yang tidak kena dengan kulit mereka. Bedak asas adalah kunci kepada solekan sempurna. Jika formulanya sesuai dengan kulit kamu, maka ia akan membuatkan solekan kamu kekal berpanjangan. Percayalah, saya juga mengambil masa bertahun untuk mendapatkan bedak asas yang ‘kena’ dengan kulit saya (belum lagi soal betapa payahnya hendak mencari rona yang sesuai dengan tona kulit saya ini).

Dan kalau diikutkan, kulit wajah kita ini juga ada pelbagai jenisnya. Jenis berminyak, kering, kombinasi dan juga sensitif. Dan bedak asas kini juga hadir dalam pelbagai jenis formulanya, dari matte hinggalah ke sheer glow, kamu boleh pilih mana-mana sahaja. Namun hari ini saya ingin meringankan sedikit beban dan mahu membantu dalam memilih formula bedak asas yang sesuai mengikut jenis kulit kamu.

 

1) Bedak Asas Terbaik Untuk Jenis Kulit Berjerawat/Sensitif

Estee Lauder Double Wear Stay-in-place Makeup RM165

Bedak asas yang cukup popular dan menjadi pilihan ramai mereka yang memiliki kulit jenis berjerawat dan sensitif. Ini kerana formulanya yang “non-acnegenic” di mana ia adalah satu terma formula yang tidak menyumbang kepada pertumbuhan jerawat. Kebiasaannya produk non-acnegenic ini tidak memiliki kandungan yang boleh membuatkan liang pori lebih tersumbat. Di samping itu, apa yang menarik lagi tentang bedak asas ini adalah apabila ia memiliki manfaat 24 jam tahan lama pada kulit wajah. Ia cukup ringan apabila dilayang pada kulit wajah dan meninggalkan rasa selesa dan yang paling penting ia diuji sesuai untuk cuaca panas dan bahang.

Pilih Bedak Asas Yang Sesuai Mengikut Jenis Kulit Kamu

 

2) Bedak Asas Terbaik Untuk Jenis Kulit Kombinasi

Tarte Amazonian Clay Full Coverage Foundation RM164

Bedak asas ini tidak mengoksidakan kulit wajah kamu. Malah ia juga bedak asas bebas minyak dan memberi liputan penuh. Jadi, buat kamu yang memiliki kulit berminyak serta kulit yang sensitif atau memiliki kesan-kesan cela jerawat, ini adalah bedak asas yang terbaik buat kamu. Dengan adunan bahan tanah liat Amazonian, ia berkesan dalam membantu menyerap lebihan minyak serta merawat kawasan kulit yang kering dengan suntikan manfaat hidrasi yang dibentuk daripada asid hyaluronic.

Pilih Bedak Asas Yang Sesuai Mengikut Jenis Kulit Kamu

 

3) Bedak Asas Terbaik Untuk Jenis Kulit Kering

Nars Sheer Glow Foundation

Buat yang mahukan hasil solekan yang natural namun memberi hasil sinar yang tidal nampak ‘fake’, boleh cuba bedak asas ini. Pertama kali kamu menyentuh teksturnya, pasti kamu akan suka. Ini kerana teksturnya yang cukup ringan dan seperti berair secara tidak langsung akan membuatkan solekan kamu lebih flawless. Ia mengandungi bahan anti-oksida yang cukup kuat dan mampu melindung daripada radikal bebas. Oleh kerana ia juga diperbuat daripada asas air, maka ia lebih sesuai untuk kamu yang berkulit kering.

Pilih Bedak Asas Yang Sesuai Mengikut Jenis Kulit Kamu

 

4) Bedak Asas Terbaik Untuk Solekan Tahan Lama/Litupan Penuh

Kat Von D Lock It Tattoo Foundation RM179

Say yessss to this foundation! Ia tahan lama dan sepanjang hari. Jika tidak percaya, kamu boleh memakai bedak asas ini dan biarkan sepanjang hari, pasti kamu akan terpukau dengan formulanya. Bukan itu sahaja, hasil solekan kamu akan nampak lebih lembut kerana ia diformulasikan dengan 21 peratus pigmen (yang mana ia turut diuji dan mampu menyamar tatu!). Kandungan polimer natural di dalam bedak asas ini mampu menyerap minyak untuk hasil mekap yang matte namun kulit kamu kekal terhidrat.

Pilih Bedak Asas Yang Sesuai Mengikut Jenis Kulit Kamu

 

5) Bedak Asas Terbaik Untuk Hasil Solekan Natural

Clinique Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF 19/PA ++ RM142

Ia memberikan hasil litupan penuh namun masih tampak natural. Selain itu, bedak asas ini juga hadir dalam tekstur yang ringan serta memiliki manfaat lembapan. Oleh itu, kulit masih lagi mampu bernafas dan liang-liang pori tidak akan mudah tersumbat walaupun dalam apa jua jenis cuaca. Dan yang paling buat saya suka tentang bedak asas ini adalah kerana applicator nya yang cukup mudah untuk digunakan.

Pilih Bedak Asas Yang Sesuai Mengikut Jenis Kulit Kamu

 

6) Bedak Asas Terbaik Untuk Jenis Kulit Berminyak

Benefit Hello Flawless Oxygen Wow Foundation RM190

Untuk kulit jenis berminyak, bedak asas yang sesuai adalah yang diperbuat daripada formula bebas minyak. Bedak asas daripada Benefit ini juga antara yang mendapat hasil reviu yang cukup bagus daripada penggunanya. Ini kerana ia mudah diadun pada kulit dan mampu membuatkan wajah nampak seperti berefek dewy namun masih lagi kekal matte. Walaupun memberi litupan yang ringan ke sederhana, ia sebenarnya mampu membuatkan wajah kamu tampak lebih sihat dan berseri. Ia turut memiliki manfaat penghidratan kulit juga perlindungan sinar UV SPF 25 PA+++*

Pilih Bedak Asas Yang Sesuai Mengikut Jenis Kulit Kamu

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE