SEARCH

Mengejar Kompleksi Kulit Sempurna Bersama 3 Produk Ini

Mengejar Kompleksi Kulit Sempurna Bersama 3 Produk Ini

Setiap wanita mengimpikan kompleksi kulit yang sempurna. Halus lembut dan licin seperti baldu kalau boleh. Tiada satu cela pun dibenarkan bertempek pada kulit wajah. Bayangkan kalau yang waktu datang bulan dan aka nada jerawat bertandang setiap bulan pun akan membuat kita resah, apalagi kalau masalah itu kekal di wajah.

Dalam mengejar kesempurnaan kompleksi kulit wajah, tentulah kita tak pernah berhenti mencari produk rawatan ataupun solekan yang memberi kita peluang mencapai kemahuan ini. Kerana itu juga jika ada produk yang saya rasa bisa membantu mana-mana wanita dalam mencapai impian ini, pasti saya akan berkongsi sama.

Setelah diberi peluang mencuba tiga produk terbaru ini, saya kira ia patut ada di atas meja solek kamu. Bukan sahaja ia terbaru dan terbaik dari segi teknologi dan formula namun ia juga berkesan dalam memberi kesan sepadan dengan janji yang diberi., Melembapkan, menutup cela dan menggebukan kulit seperti yang kita semua mahu.

Menard Authent II Cream

Baiklah yang ini saya bersumpah akan keberkesanannya. Menard, jenama kecantikan dari Jepun ini sememangnya menyerapkan budaya masyarakat mereka dalam produk kecantikannya. Zen, minimal dan tidak renyah. Krim ini misalnya dipadatkan dengan pelbagai manfaat yang bisa membuat kulit tampil lebih anjal dan berseri.

Krim ini bukanlah baru di pasaran. Ia diperkenalkan lewat 2009. Kandungan utamanya ialah sterculia seed extract, sweet cherry extract and purple barley seed extract. Ketiga-tiga bahan ini dipercayai dapat menggalakkan produksi stem cells. Maka, sel kulit akan dengan cepatnya diperbaharui meninggalkan kulit lebih anjal dan sihat.

Kali ini Authent II menambah Semiplena Rose Extract, ekstrak daripada Old Rose “Semi-Plena Rose” wakil Alba Rose dalam kumpulan ros putih. Dan kerana bahan baru ini, aromanya bersemarak dengan bau ros yang dikatakan amat bagus untuk menghilangkan stres dan memberi kelegaan yang mendalam. Jadi setiap malam saya pasti menghidu dulu krim ini sebelum menyapu dan mengurutnya di wajah.

Setelah hampir dua minggu menggunakan memang saya nampak hasil kulit lebih anjal dan berseri. Pagi-pagi menyentuh kulit wajah, perasaannya seperti menyentuh baldu lembut. Cepatlah cuba sendiri. Tersedia mulai November nanti. Menard Authent II Cream, 50g, RM4,440.

La Mer Moisturizing Matte Lotion

Ada antara teman-teman yang pernah mencuba Crème de La Mer mengatakan bahawa krim ini agak berat dan rich untuk kulit mereka. Kerana itu La Mer mengeluarkan Moisturizing Matte Lotion ini yang lebih ringan teksturnya dan tidak terlalu membebankan di kulit. Dalam masa sama ia masih menyampaikan lembapan merawat tanpa kompromi dari segi faedahnya.

Masih terkandung Miracle Broth™, saintis La Mer menemui cara revolusi menghantar lembapan ke dalam kulit. Mereka mencipta Matte Lotion Capsule yang terkandung dalam Moisturizing Matte Lotion ini. Ia dipercayai dapat memberi lembapan paling optimum pada kulit.

Kompleksi matte pula dicipta daripada bahan-bahan berasas air seperti Clay, Sea Minerals dan Kelp Powder. Bahan-bahan ini menyaluti Matte Lotion Capsule tadi. Jadinya pabila memakai losyen ini kulit akan menjadi lembap dan sihat tetapi dengan kliauan yang masih terkawal. La Mer Moisturizing Matte Lotion (50ml), RM1,060.

La Prairie Skin Caviar Concealer Foundation SPF 15

Andai kata usaha untuk mencapai tekstur kulit sempurna masih belum tercapai sepenuhnya (yalah untuk produk rawatan menunjukkan kesan mungkin mengambil masa) – tentunya produk solekan atau litupan penting untuk ada di meja solek. Ya, bagi menutup cela, produk-produk sebegini akan membantu memberi kesan lebih pantas pabila diperlukan.

Skin Caviar Concealer Foundation SPF 15 menggabungkan antara rawatan dan litupan. Ya dua dalam satu. Formula ringannya kaya dengan peptide agar menegangkan dan menambah keanjalan kulit. Ia memberi kesan kulit bebas cela dan memberi lembapan yang diperlukan kulit serta kesan dewy. Keanjalan kulit yang dijanjikan datang daripada ekstrak kaviar yang menjadi bahan signatur La Prairie.

Ada tiga ton kesemuanya, Pure Ivory (N20), Satin Nude (N30), Almond Beige (NW40). Penyamar noda ini terkandung ekstrak kaviar, palmitoyl hexapeptide-14 (peptide yang menjadikan kulit anjal), ekstrak malt, ekstrak arnica, ekstrak liquorice dan vitamin E. Selain itu ia juga ada La Prairie Exclusive Cellular Complex yang bisa memberi kehidupan baru dan tenaga kepada setiap sel kulit. Skin Caviar Concealer Foundation SPF 15, (30ml). RM1,110. Dapatkan di Parkson Pavilion, Isetan KLCC & Gardens.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE