SEARCH

Bual Santai Eksklusif STAIL.MY Bersama Pony, Beauty Guru Korea Berkongsi Koleksi Mekap Terbaharu Shiseido

Bual Santai Eksklusif STAIL.MY Bersama Pony, Beauty Guru Korea Berkongsi Koleksi Mekap Terbaharu Shiseido

Beberapa minggu yang lalu telah berlangsungnya sesi pelancaran besar-besaran koleksi mekap terbaharu daripada Shiseido. Lebih istimewanya kali ini, pihak Shiseido Malaysia menjemput beauty guru popular, Pony, yang diterbangkan khas dari Korea untuk pelancaran ini. Pony yang juga Artis Warna Serantau Shiseido mewakili rantau Asia, berkongsi tutorial serta koleksi mekap kegemarannya daripada Shiseido bersama kami. Ikuti bual santai eksklusif STAIL.MY bersama Pony.

Bual Santai Eksklusif Stail Bersama Pony

1- Boleh kongsikan bersama kami bagaimana kamu memulakan kerjaya sebagai seorang jurusolek?

Saya suka melukis dan mewarna semenjak kecil lagi. Ibu juga antara tulang belakang yang senantiasa menyokong dan membantu saya dan minat saya ini. Kemudian apabila meningkat dewasa, saya meneruskan kerjaya sebagai seorang pereka grafik. Dan satu hari saya ditawarkan untuk menulis buku tentang mekap. Ketika itu, mekap adalah hanya sebagai hobi saya, namun selepas menerima sambutan yang sangat menggalakkan, saya rasa ia sesuatu yang sangat seronok untuk diteruskan.

2- Boleh kamu kongsikan tentang koleksi mekap terbaru daripada Shiseido dan apakah item kegemaran kamu dari Shiseido?

Seperti yang kamu dapat saksikan, koleksi terbaru daripada Shiseido ini membariskan empat tekstur yang berbeza dan saya harap kamu semua mencuba dan merasakan sendiri pengalaman perbezaan setiap tekstur ini. Dan item pilihan saya dalam Shiseido adalah kusyen kompaknya (Synchro Skin Glow Cushion Compact). Ia mudah dibawa ke mana sahaja dan senang apabila ingin melakukan touch-up pada solekan. Selain itu, ia juga memberi efek solekan yang natural.

3- Kamu dilihat banyak mengembara ke luar negara untuk kerja dan di samping itu kamu juga berpeluang melihat pelbagai stail dan trend mekap. Ada sebarang trend mekap yang menjadi kegemaran kamu?

Saya percaya trend di setiap negara mempunya keistimewaan dan karakternya yang tersendiri. Dan baru-baru ini di pentas fesyen juga sudah tampil dengan solekan clean dan simple, begitu juga di negara Jepun, mereka juga sudah mula tampil dengan solekan minimal bagai tidak menyarung apa-apa pada wajah mereka. Jadi ini adalah antara trend yang mendapat perhatian saya kini.

Bual Santai Eksklusif Stail Bersama Pony

4- Sebagai seorang mekap artis, berapa lama tempoh masa yang kamu ambil untuk mencipta satu-satu look solekan itu?

Paling lama masa yang diambil untuk saya mencipta satu solekan itu adalah selama dua bulan. Paling pendek masa yang diambil ialah satu bulan. Masa yang lama diambil terutama sekali apabila melakukan solekan transformasi adalah kerana saya perlu membuat latihan serta melakukan persiapan yang lebih banyak seperti memilih rambut palsu yang terbaik. Jika solekan asas atau sekadar solekan harian, saya hanya perlu memikirkan tentang pakaian, solekan, latar belakang video. Dan kesemua ini saya lakukan sendiri.

5- Apakah nasihat kamu buat wanita di luar sana yang masih tiada keyakinan diri untuk tampil dengan solekan yang menggunakan rona-rona terang dan bold?

Jika kamu keluar dengan solekan warna-warni pada mata, mungkin akan kelihatan janggal. Namun jika kamu cuba dan keluar sahaja serta mula menyesuaikan diri, sebenarnya kamu juga tahu ia selamat untuk dicuba. Kamu cuma harus pakai dan cabar diri sendiri sahaja untuk melakukan solekan sebegini.  

 

Bual Santai Eksklusif Stail Bersama Pony

Koleksi baharu mekap Shiseido menampilkan (dari kiri) Shiseido Inner Glow Cheek Powder, Aura Dew, Minimalist Whipped Powder Blush, VisionAiry Gel Lip, Minimalist Whipped Powder Blush dan Kajal Ink Artist.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE