SEARCH

Idea Gaya Rambut Potongan Bob Cut Terbaik Boleh Kamu Cuba Untuk Stail Lebih Segar

Idea Gaya Rambut Potongan Bob Cut Terbaik Boleh Kamu Cuba Untuk Stail Lebih Segar

Baru-baru ini, ketika saya sibuk scroll timeline Instagram saya melihat apa yang terkini sambil mengikuti rencah drama yang berlangsung di kalangan teman-teman Instagram, saya terberhenti seketika apabila melihat satu poll yang dijalankan salah seorang teman, bertanyakan gaya rambut manakah yang sesuai dengannya. Dia teringin memotong rambut pendek kerana rimas katanya. Senang juga feature Instagram sekarang yang pelbagai, mudah membantu sesiapa sahaja yang dalam kebuntuan dan menyelesaikan masalah dengan begitu cepat sekali.

Kemudian sambil-sambil scroll lagi, saya melihat Instagram penata gaya rambut selebriti asal LA, Chad Wood yang memuat naik gambar Jenna Dewan yang berambut potongan bob cut. Cantik! Memandangkan cuaca di Malaysia ini pun melampau panasnya, apa kata buat kamu yang sudah rimas berambut panjang dan mahukan rambut yang lebih pendek dan sesuatu yang lebih segar namun takut untuk mencuba, lihat saya senaraikan idea dan inspirasi terbaik buat kamu.

Mari kita lihat 5 dandanan terbaik Chad Wood untuk selebriti yang berambut bob cut ini.

Potongan Bob Cut

Gaya rambut seperti ini nampak seperti lebih matang namun tidak bermakna membuatkan gaya kamu nampak sedikit tua daripada usia. Potongan bob cut gaya side swept ini adalah antara yang boleh kamu cuba sebagai gaya harian. Gayakan dengan bersahaja, membuatkan penampilan kamu lebih seksi. Dan jika ada sebarang majlis, gayakan separa basah, pasti kamu antara yang memukau.

Potongan Bob Cut

Jika kamu sukakan bangs, boleh juga gayakan seperti Vanessa Hudgens ini. Dia mengenakan bangs nipis untuk gayanya yang ini. Dan kamu boleh capai gaya rambut bob cut yang pendek paras pipi ini dengan meniup kering hujung rambut. Mudah bukan?

Potongan Bob Cut

Lagi gaya bang bob! Gaya bob cut bertekstur pilihan Mila Kunis ini sesuai dengan raut wajahnya yang manis. Digayakan pula dengan heavy bangs, membuatkan Mila tampak lebih muda dan pada masa yang sama lebih elegan.

Potongan Bob CutJika kamu mahukan sesuatu yang lebih bersahaja, gayakan blunt bob seperti ini. Tetapi jika kamu mahukan stail kemas seperti Vanessa ini, saya sarankan kamu menggunakan alat pelurus rambut setiap masa melainkan rambut kamu sememangnya lurus seperti ini.

Potongan Bob Cut

Satu lagi gaya bob bertekstur. Gaya rambut seperti ini mudah dicapai. Jika mahu tampak sedikit kemas, kamu boleh lakukan sedikit styling dengan menggunakan peniup kering ataupun penyembur rambut. With or without bangs, kedua-duanya masih nampak seksi!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE