SEARCH

Kami Kongsi 5 Produk Kecantikan Harus Kamu Miliki Bulan Ini

Kami Kongsi 5 Produk Kecantikan Harus Kamu Miliki Bulan Ini

Sudah tiba masanya untuk kamu kemas kini meja kecantikan kamu. Hari ini, kami ingin kongsikan 5 produk kecantikan harus kamu miliki bulan ini!

The Body Shop Ginger Shower Gel Limited Edition RM33/250ml

Produk Kecantikan Harus Kamu Miliki Bulan Ini

Mahukan sesuatu yang segar untuk tubuh badan kamu? Cuba gel mandian daripada The Body Shop ini. Dengan kandungan utamanya iaitu ekstrak akar halia dari India ini, bukan sahaja membuatkan tubuh kamu berasa segar malah bersih dan wangi selepas mandi. Dan seperti yang kita tahu, halia ini sendiri mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk tubuh badan antaranya seperti meredakan keradangan, menguatkan imuniti badan dan pelbagai lagi. Jadi, sudah tentu kamu tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan gel mandian yang diperbuat daripada bahan berkhasiat seperti ini.

Anna Sui Fantasia Mermaid RM210/30ml
Produk Kecantikan Harus Kamu Miliki Bulan Ini

Jika kamu mahu mencari suatu haruman yang berunsur manis, hangat dan bunga-bungaan, Anna Sui Fantasia Mermaid ialah haruman terbaik harus kamu miliki. Nota pembuka dihiasi dengan aroma ekstrak blood orange, cardamom dan mandarin orange, manakala nota tengah pula disuntik dengan ekstrak bunga jasmin, peony dan litchi. Haruman ini kemudiannya dititikkan dengan ekstrak madu, kayu putih dan vanilla sebagai nota penutup menjadikan haruman ini sebagai haruman yang cukup romantik sesuai buat sang wanita elegan.

Hourglass Veil Mineral Primer Oil Free RM244

Produk Kecantikan Harus Kamu Miliki Bulan Ini

Untuk solekan yang sempurna dan mulus, ramai yang masih tidak tahu, kuncinya ialah pada pemakaian primer.  Ia membantu memperhalusi solekan selain membuatkan solekan tahan lebih lama. Seperti primer istimewa daripada Hourglass ini juga. Ia membantu melitupi kulit kemerahan serta pada masa sama menyekatakan tona kulit agar bedak asas yang disarung tidak kelihatan bercapuk-capuk. Selain itu, primer ini juga telah diperlengkapkan dengan formula pelindung sinar SPF15 serta diperbuat daripada formula bebas minyak. Jadi, ia sesuai buat semua jenis kulit serta mereka yang memiliki kulit sensitif.

Sulwhasoo Timetreasure Invigorating Cream RM1650/60ml

Produk Kecantikan Harus Kamu Miliki Bulan Ini

Berita gembira buat peminat Sulwhasoo! Mereka telah melancarkan sebuah lagi rangkaian antipenuaan premium yang diberi nama Timetreasure Invigorating. Dengan kuasa bahan kandungan pine merah yang dipercayai memberi suatu daya kuasa yang tinggi dalam merawat kulit menua serta memperkuatkan lagi daya tahan kulit wajah kamu. Bukan itu sahaja, kuasa dan manfaat tumbuhan pine merah yang telah diformulasikan khas ini mampu membantu mengembalikan tekstur kulit halus serta bebas kedutan langsung membuatkan wajah kelihatan lebih muda dan berseri-seri.

Etude House Play Color Eye Palette #Rose Bomb RM114

Sesuai buat kamu yang mahukan solekan rona-rona tanah hangat namun masih mahukan sedikit sentuhan glamor dengan mainan pembayang mata bertekstur kemilau. Etude House Play Color Eye Palette kod #Rose Bomb adalah pilihan buat kamu yang paling tepat sekali! Palet terbaru hasil ciptaan Etude House bersama Pony (Beauty Guru popular dari Korea) ini memiliki 15 rona yang diinspirasikan daripada kelopak bunga ros. Bukan itu sahaja, di dalam satu palet ini juga terdapat 3 jenis tekstur pembayang mata iaitu matte, shimmer dan glitter. Rona merah jambu, ungu lembut dan merah keperangan, ini antara palet yang harus kamu miliki!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE