SEARCH

Kami Senarai 5 Produk Kecantikan Harus Kamu Miliki Bulan November Ini

Kami Senarai 5 Produk Kecantikan Harus Kamu Miliki Bulan November Ini

Tidak tahu hendak mencuba produk apa bulan ini? Kami kongsi 5 produk kecantikan harus kamu miliki bulan November ini!

1- Urban Decay Naked Honey Eyeshadow Palette RM245

Produk Kecantikan Harus Kamu Miliki Bulan November

Jika kamu peminat rona-rona mewah seperti emas dan coklat tanah, inilah palet paling sesuai buat kamu. Pada kami, solekan mata ini amat penting sekali dalam keseluruhan solekan wajah kamu. Ia bagai penaik seri wajah kamu. Maka, pentingnya untuk memiliki palet mata yang memiliki rona-rona yang versatil. Boleh kamu cipta buat solekan siang mahupun malam. Seperti palet Naked Honey ini, koleksi yang terdiri daripada 12 rona berbeza dengan campuran kemasan matte, metalik dan kemilau. Sememangnya ia adalah palet mata harus kamu miliki bulan ini!

2- Pat Mcgrath Labs Mini Lip Fetish Lip Balm Trio RM110

Produk Kecantikan Harus Kamu Miliki Bulan November

Siapa yang tidak kenal Pat Mcgrath, maknanya kamu belum cukup menguasai dunia kecantikan hari ini. Wanita legenda yang senantiasa menghasilkan mekap-mekap ikonik di wajah selebriti Hollywood hari ini sememangnya antara jurusolek profesional yang harus kamu sanjungi. Dan sebagai jurusolek, kami pasti mereka ini tahu apa yang terbaik dalam sesuatu alat solek itu. Koleksi salap bibir ini adalah antara koleksi Pat Mcgrath yang harus kamu miliki. Kemasan salap ini memberikan hasil bibir tampak lembap dan berkemilau. Itu adalah disebabkan oleh formulasi yang dicipta dengan manfaat pelembap dan pelindung daripada radikal bebas.

3- Anastasia Beverly Hills Norvina Pro Pigment Eyeshadow Palette Vol 1 RM330

Produk Kecantikan Harus Kamu Miliki Bulan November

Koleksi eksklusif daripada Sephora, palet mata Norvina Pro Pigment Vol 1 oleh Anastasia Beverly Hills ini antara palet mata harus kamu miliki. Rona-rona yang meriah sesuai buat solekan parti dan perayaan ini dicipta sendiri oleh Norvina (anak perempuan Anastasia yang juga Presiden jenama ini). Kami tahu semua wanita di luar sana mahukan pembayang mata berpigmen tinggi, palet ini ada segalanya. Diformulasikan bebas gluten, paraben dan phthalates, maka ia selamat digunakan oleh semua jenis kulit di luar sana.

4- Sephora Collection Hero Mask – The Men Mask RM25/satu

Produk Kecantikan Harus Kamu Miliki Bulan November

Jangan ingat perempuan sahaja suka pakai pupur wajah, lelaki juga suka. Oleh kerana itu, Sephora Collection cipta satu pupur khas untuk sang jejaka. Ini pupur pertama yang dicipta Sephora Collection untuk si abang-abang. Pupur ini dicipta sesuai mengikut bentuk muka serta buat kamu yang memiliki jambang ataupun tidak. Pupur ini diperkaya dengan arang yang disemai bersama ekstrak garam laut untuk memberikan lembapan, melembutkan helaian jambang serta melegakan kulit kemerahan akibat rutin mencukur. Apa lagi wahai wanita, hadiahkan pupur ini untuk teman lelaki kamu!

5- Sephora Collection Charcoal Makeup Sponge RM46

Produk Kecantikan Harus Kamu Miliki Bulan November

Satu lagi produk daripada koleksi Sephora Collection yang menjadi kegemaran kami. Dan sudah tiba masanya untuk kamu juga untuk memiliki span mekap yang baharu. Tahukah kamu, banyak manfaat arang ini. Dengan adanya bahan ini di dalam span mekap kamu, ia dapat membantu menyekatakan ton solekan kamu dengan adunan paling sempurna. Selain itu, bentuk span ini juga bermanfaat dalam memberi litupan solekan secara menyeluruh baik di kawasan-kawasan luas ataupun tersorok pada wajah.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE