SEARCH

Produk Kecantikan Terbaru Sebagai Pembuka Tahun 2019 Perlu Kamu Miliki

Produk Kecantikan Terbaru Sebagai Pembuka Tahun 2019 Perlu Kamu Miliki
Saya senarai produk kecantikan terbaru dan terbaik perlu kamu miliki bulan ini. Mungkin di tahun yang baru ini kamu mahu mencuba sesuatu yang berbeza daripada rutin kecantikan biasa kamu?

1- Kiehl’s Made For All Gentle Body Wash RM150/500ml

Produk Kecantikan Terbaru

Sementara tahun baharu ini, Kiehl’s memperkenalkan platform baharu yang diberi nama Kiehl’s Made Better™ sebagai kempen kemampanan menerusi formulasi, pembungkusan serta kitar semula dalam usaha menyelamatkan bumi dan alam sekitar. Sempena usaha ini, Kiehl’s terinspirasi menghasilkan pencuci badan terbaru. Diformulasikan daripada Aloe Vera dan ekstrak pokok sabun yang dituai tangan. Produk ini juga dihasilkan daripada bahan semula jadi sebanyak 95 peratus dan 100 peratus daripada bahan yang mampu diterbiodegradasikan.

2- Bobbi Brown Extra Lip Tint RM118

Produk Kecantikan Terbaru

Buat kamu yang tidak suka menyarung gincu bibir, sarung sahaja salap bibir jenis tint ini. Ia mampu memberi sinar kepada bibir kamu yang kusam itu. Koleksi Extra Lip Tint daripada Bobbi Brown ini hadir dalam enam rona. Salap bibir ini dihasilkan daripada adunan minyak zaitun, avokado dan jojoba yang membantu melembut, melembap dan memberi rona natural pada bibir.

3- Sulwhasoo Sheer Lasting Foundation RM210/30ml

Produk Kecantikan Terbaru

Hadir dalam enam rona berbeza, Sulwhasoo kini memperkenalkan bedak asas yang sesuai disarung wanita Asia. Diformulasikan dengan Sheer Hydra, bedak asas ini cukup ringan namun tahan lama pada kulit wajah. Ia memberikan kemasan bersinar serta memiliki manfaat kulit terhidrat. Disemai dengan bahan kandungan seperti buah beri laut buckthorn, mineral serta vitamin berkonsentrasi tinggi langsung memberi kelembapan berpanjangan pada kulit wajah.

4- Kanebo The Cream RM4800

Produk Kecantikan Terbaru

Krim wajah mewah daripada Kanebo yang terkenal dengan penggunaan bahan-bahan kandungan terbaik yang diformulasikan khas untuk mereka yang mahu merawat kulit menua. Teksturnya yang berkrim namun selesa dan meresap cepat ke dalam kulit wajah selepas olesan pertama. Enam faktor yang dititikberatkan iaitu kejelasan kulit, kelembapan, tekstur, kehalusan dan kecerahan kulit wajah diadun menjadi satu formula yang dipanggil Clear Botanical Complex. Hasilnya, kulit wajah akan nampak jauh lebih muda dan berseri.

5- Clinique Fresh Pressed™ Clinical Daily + Overnight Boosters with Pure Vitamin C 10% and Vitamin A (Retinol)*

Produk Kecantikan Terbaru

Produk terbaharu daripada Clinique yang disasarkan buat mereka yang mahukan kulit lebih sihat dan bebas tanda penuaan. Booster yang hadir dalam dua botol satu untuk sebelah pagi dan satu lagi buat sebelah malam ini mampu memberikan hasil kulit yang lebih baik dalam masa hanya 12 minggu. Booster sebelah siang ini diformulasikan dengan ekstrak Vitamin C segar yang memiliki kandungan asid ascorbic sebanyak 10 peratus manakala booster buat belah malam pula dihasilkan dengan kandungan Vitamin A segar iaitu retinol.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE