SEARCH

Produk Pencerahan Kulit: Mengapa Wanita Terlalu Obses?

Produk Pencerahan Kulit: Mengapa Wanita Terlalu Obses?

3dcc45db438a4ae21c63f7ece9c74b17Seperkara yang saya perasan sejak dari dulu lagi, orang kita memang cukup suka/ obses dengan kulit putih. Lihat sahaja media sosial selebriti tempatan. Rata-ratanya mahu selfie muka secerah-cerahnya. Kalau boleh nak cerah sejernih air! Makcik-makcik pun, kalau ada kenduri kawin, pengantin yang berkulit putih, dipujinya siang malam. Cuba kalau pengantinnya berkulit sawo matang? Memang tak disebut langsung!

Waktu zaman saya muda remaja, orang dok tergila-gilakan krim Hazelyn Snow. Ditepeknya krim setebal-tebalnya, takut kulit hitam kerana banyak berjemur di tengah padang. Yelah, waktu tu zaman 90-an. Mana ada tutorial atau google yang boleh dijadikan panduan. Apa yang orang lain pakai, kita pakai. Yes, word of mouth antara yang paling berkesan waktu itu.

Masa berlalu dan orang kita sudah banyak didedahkan dengan kepelbagaian produk pencerahan. Baik dari Jepun, Korea, Eropah, Amerika… mahupun ke produk tempatan kita sendiri. Qu Puteh antara jenama tempatan yang sering disebut-sebut sejak penampilan ekstravaganza nya di Juara Lagu dua tahun lepas. Baik daripada budak kecil sampailah ke orang tua, tak putus-putus berbual mengenai produk ini (including the famous Dato Vida). Namun Januari lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan arahan menarik balik Qu Puteh Whitening Pro 9 yang dikatakan kandungan merkurinya terlalu tinggi.

Ada apa dengan merkuri? Menurut World Health Organization, kandungan merkuri dalam sabun dan krim pencerahan boleh menyebabkan kesan pada buah pinggang, selain rengsaan, penyahwarnaan, parut, kurang ketahanan menentang bakteria dan infeksi kulat. Adakah semua produk pencerahan itu berbahaya? Sebenarnya tak semua produk pencerahan itu memudaratkan. Apa yang kamu perlu tahu adalah, tip memilih sebelum membeli. Ini antara tip yang saya selalu amalkan selama ini:

Tip memilih produk pencerahan

Kandungan Bahan
Baca betul-betul label pada produk. Kadang-kadang ada kandungan yang boleh memberi kesan sampingan pada kulit. Jika tak faham dengan sesuatu terma, google dulu. Yang terbaik kalau mengandungi ramuan semula jadi.

Kesan Kebaikan Pada Kulit
Selain kesan pencerahan, krim yang baik mampu memberi kesan yang elok pada kulit. Antaranya, melembapkan kulit dan mengurangkan garis-garis halus. Krim seperti inilah yang worth buying.

Kesan Sampingan Minimal
Nak tak nak, memang produk pencerahan sedikit sebanyak berisiko. Namun kebanyakan produk yang ada di pasaran, telah melalui kajian mendalam dan beberapa ujian klinikal. Jadi kesan sampingannya amatlah minimal.

Reputasi Baik
Reputasi sesebuah jenama memang penting dalam memilih produk pencerahan. Jika reviunya positif, baguslah. Walau macam mana sekalipun, rajin-rajin lah survey. Baca deskripsi produk di internet atau tanya kawan-kawan yang pernah mencuba. Jangan main tibai saja.

Say NO to ‘TIRUAN’
Ya tak semua orang mampu nak beli La Mer atau SK II tetapi tolong elakkan daripada membeli produk tiruan. Berlambak lagi produk pencerahan yang mampu dibeli. Asalkan ia memenuhi kriteria kamu dan reviunya positif, why not?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE