SEARCH

Usah Ragu-ragu, Produk Penjagaan Wajah Mamonde Kini Disahkan Halal

Usah Ragu-ragu, Produk Penjagaan Wajah Mamonde Kini Disahkan Halal

Bulan lalu, sebanyak 11 produk penjagaan wajah Mamonde dianugerahkan pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 11 produk tersebut ialah Mamonde Ceramide Skin Softener RM70/200ml, Ceramide Intense Cream RM131/50ml, Ceramide Emulsion RM80/150ml, Ceramide Light Cream RM131/50ml, Pore Clean Stick, Floral Hydro Ampoule Toner Rm99/150ml, Floral Hydro Cream RM120/50ml, Floral Hydro Emulsion RM99/150ml, Rose Water Toner RM85/250ml, Rose Water Gel Cream RM99/80ml dan juga Rose Water Soothing Gel RM55/500ml.

Tiga rangkaian yang terdapat di dalam senarai ini iaitu rangkaian Ceramide, Floral Hydro juga Rose Water adalah antara rangkaian terbaik daripada jenama kecantikan Korea, Mamonde ini. Buat yang masih belum mengenali jenama ini serta rangkaian-rangkaian terbaik daripada mereka ini, marilah saya kongsikan serba-sedikit.

Untuk rangkaian Ceramide ini, ia bukan sahaja menggunakan bahan ceramide sebagai bahan utama di dalam rangkaian ini. Malah, ia turut diperbuat dan diformulasikan dengan ekstrak bunga raya yang memiliki fungsi pelembap yang tinggi. Kedua-dua bahan penting ini berfungsi untuk memperkuatkan lagi lapisan luar kulit dengan cara memberi lembapan paling tinggi pada kulit. Maka, koleksi Ceramide ini sememangnya sesuai untuk mereka yang berkulit kering dan dehidrasi.

Manakala untuk rangkaian Floral Hydro pula diformulasikan daripada air yang diekstrak secara semula jadi daripada kalung tumbuhan Narcissus. Rangkaian ini cukup bermanfaat buat mereka yang mahukan lembapan kulit optimum. Ini kerana fungsi utamanya ialah melembap serta menghalang kulit menjadi kering selepas mencuci.

Untuk rangkaian Rose Water daripada Mamonde ini pula berfungsi memberi hasil kulit tenang secara serta-merta serta melembap kulit dengan baik. Dengan kandungan bunga ros Damask organik yang digunakan 100 peratus sebagai kandungan utama rangkaian ini, ia mampu memberikan hasil kulit wajah terbaik menerusi manfaat yang dimiliki tumbuhan ini. Bukan sebarang ros yang dipetik, Mamonde memilih tumbuhan ros yang ditanam baik di perkampungan Turia di Bulgaria.

Yang terakhir, produk Mamonde Pore Clear Stick ini antara produk harus kamu miliki di meja cantik kamu. Sesuai buat mereka yang memiliki masalah jerawat, blackhead, whitehead serta kulit kusam kerana ia mampu menyah sel kulit mati dengan baik. Ia juga mengandungi bijian skrub yang berfungsi membuang segala lebihan sebum sekeliling kulit tanpa meninggalkan kesan kering dan tidak selesa.

Lepas ini, kamu sudah tidak perlu ragu-ragu dengan produk daripada Mamonde ini ya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE