SEARCH

Kami Kongsi Punca Badan Berbau Untuk Wanita Di Luar Sana

Kami Kongsi Punca Badan Berbau Untuk Wanita Di Luar Sana

Berasa tidak selesa pabila berada dalam lif yang penuh orang? Atau di dalam kereta, atau juga di wayang kerana bau badan yang kurang menyenangkan? Risau orang sekeliling rasa tidak selesa. Namun tahukah kamu bagaimana bau badan ini boleh terhasil? Adakah ia disebabkan oleh peluh? Tidak. Bukan kerana peluh. Kamu perlu tahu tubuh juga bernafas. Ia bernafas melalui liang pori. Dan apabila liang pori ini tersumbat, itu yang menyebabkan tubuh tidak boleh bernafas dengan baik, lalu peluh juga tidak dapat dihasilkan dengan baik. Disebabkan itu peluh yang sebelum ini tidak berbau, jadi berbau kerana liang yang tersumbat tadi. Jadi, hari ini kami ingin kongsi punca badan berbau. Bolehlah kamu cari penyelesaiannya selepas ini.

Stres

Stres antara punca badan berbau selain aktiviti fizikal. Semakin tinggi stres kamu, semakin banyak peluh yang akan keluar. Seperti yang saya kongsikan tadi, peluh bukan punca badan berbau. Namun ia terjadi jika peluh tidak berbau tadi bercampur bakteria pada kulit kamu. Stres boleh mengakibatkan perubahan hormon pada tubuh dan wajah. Jadi, apabila kedua-dua bergabung, maka bau badan juga akan terhasil!

Rempah Makanan

Tahukah kamu, rempah yang kamu makan itu mengandungi gas sulfur yang boleh menyebabkan penghasilan bau pada badan? Gas sulfur ini akan dilepaskan melalui liang pori-pori kulit. Selain rempah ratus, bawang putih dan serbuk kari juga antara penyebab tinggi badan berbau. Bukan hendak paksa kamu supaya tidak makan langsung rempah (rempah sedap kot!), Cuma elakkan makan makanan berempah ini sebelum mesyuarat atau agenda penting. Kamu digalakkan minum air putih yang banyak selepas menikmati makanan berempah ini untuk membersih dan mencuci kembali tubuh untuk mengelakkan bau badan yang kurang enak ini.

Jangan Pakai Baju Yang Sama Tanpa Basuh

Menyarung baju yang berulang tanpa basuh adalah satu amalan yang buruk. Kamu harus tahu, jika lapisan baju (kotor) ini menyentuh kawasan dada kamu yang sering berpeluh akan menyebabkan penghasilan bakteria. Apabila bakteria bertemu lembapan (peluh), ia boleh menghasilkan bau yang kuat dan amat tidak menyenangkan. Maka, untuk wanita, elakkan memakai baju dalam yang sama dua hari berturut-turut ia boleh mengundang kepada masalah badan berbau ini. Hendak selamat, pilih fabrik yang sesuai seperti kapas untuk pakaian dalam kamu agar tidaklah ia menghasilkan bau peluh yang terlalu menyengit.

 

Selamat mencuba!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE