SEARCH

Rahsia Kecantikan Dalaman Wanita Yang Harus Kamu Amalkan

Rahsia Kecantikan Dalaman Wanita Yang Harus Kamu Amalkan

Kecantikan bukan sekadar dari segi luaran sahaja. Dalaman juga amat penting. Kata orang, kecantikan datang dari dalam. Tepek seberapa banyak mekap, semahal mana krim, jika dalaman tidak sihat, maka tak menjadilah segalanya. Kalau wajah berjerawat, mesti saranan pakar suruh kamu kurangkan pemakaian mekap, lebihkan mengawal gaya hidup dan pemakanan, betul atau tidak? Ha, sebelum terlambat, mari kami kongsikan rahsia kecantikan dalaman wanita yang harus kamu amalkan. Selamat mencuba!

1- Makan yang cukup namun jangan berlebihan.

Ada yang berazam ingin kurus, namun cara dietnya salah. Berlapar hingga jadi tidak bermaya. Tahukah kamu, jika menahan lapar, bukan sahaja membuatkan badan bertambah lemah malah kulit wajah boleh menjadi kusam dan menua dengan cepat. Cara yang betul ialah, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Ini kerana makanan memberi tenaga serta vitamin yang lengkap untuk tubuh badan kamu. Tapi janganlah makan-makanan yang tidak berkhasiat seperti junk food dan makanan segera ya.

2- Ketawa selalu!

Tahukah kamu ketawa membuatkan sel-sel dalam badan kamu lebih aktif? Benar! Bila sel dalam badan aktif, maka peredaran darah juga berjalan dengan lancar. Perasaan gembira ini juga akan mengurangkan kedutan di wajah. Jadi, sering-seringlah menonton drama-drama berunsur komedi, atau sekali-sekala berkumpul bersama keluarga dan kawan-kawan untuk menghiburkan hati.

3- Bersenam untuk kesihatan.

Bukan bersenam untuk kurus sahaja. Mulai sekarang, amalkan gaya hidup ini. Luangkan masa untuk keluar berlari sekitar taman atau kunjung gimnasium berhampiran. Kalau kamu berjalan, naik turun tangga juga salah satu bentuk senaman. Jadi, tiada alasan untuk kamu tidak bersenam. Saranan kami juga, kalau duduk di pejabat itu, sekurang-kurangnya setiap satu jam, cuba bangun daripada tempat duduk dan berjalan, atau juga lakukan sedikit senaman regangan. Ini bagi membenarkan peredaran kamu berjalan dengan lebih lancar.

4- Berhenti merokok!

Baik lelaki mahupun perempuan. Merokok ini terang-terang buruk untuk kesihatan. Bukan sekadar kesihatan, kulit serta gigi menunjukkan kesan paling ketara jika kamu seorang perokok tegar. Jika kamu hendak tubuh badan sihat, kulit wajah berseri, bibir merah jambu, hentikan aktiviti merokok ini.

5- Manjakan diri sebulan sekali

Sekarang ini, facial ada bermacam-macam. Begitu juga dengan spa manja tubuh. Luangkan masa hujung minggu setelah penat berkerja ke salon, sauna ataupun spa. Paling tidak pun, manjakan diri dengan mandi buih di rumah pun tak mengapa! Salah satu petua cantik yang kamu harus cuba ialah mandi bunga. Bunga ini dikatakan memiliki energinya yang tersendiri dalam merangsang kecantikan kulit tubuh. Jadi apa lagi, mandi bungalah kamu hujung minggu ini nanti.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE