SEARCH

Mahu Tahu Rahsia Kecantikan Rambut Meghan Markle?

Mahu Tahu Rahsia Kecantikan Rambut Meghan Markle?

Selama dia muncul di mata umum, dari masa berlakon untuk drama ‘Suits’ sehingga bakal menjadi keluarga di-Raja British, rambut Meghan Markle yang selalu tampil berwarna hazel sentiasa kemas dan berpotongan ikal mayang sederhana panjang, jauh sudah menjadi signature look peribadinya.

Jika kamu tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan rambut Markle yang memang terkenal dengan rambut berombak ala stail ‘Old Hollywood curls’ ini, ucap terima kasih kepada jurusolek dan pendandan rambut selebriti yang pernah mendandan dia selama ini, Lydia F. Sellers.

Sellers yang berkerja untuk Markle selama dua tahun sebelum wanita kacukan kulit hitam berusia 36 tahun ini berpindah ke UK, baru-baru ini membongkar rahsia kecantikan dan produk rambut yang diguna dan diamalkan oleh Markle bagi mengekalkan keaslian rambutnya.

Menurut Sellers, dia menggunakan straightener bagi mendapatkan kesan ombak ikal mayang ikonik tersebut. Bukan itu sahaja, Sellers turut mendedahkan produk rambut kegemaran Markle iaitu Kérastase Oleo Relax, yang membantu merawat dan mengekalkan rambut kering yang sukar dijaga.

Sellers menambah, kadang-kala dia juga akan menggunakan Oribe Volume Spray dan losyen Kevin Murphy’s Smooth Again, tetapi produk rangkaian Kérastase tetap menjadi kegemaran utama Markle.

Jika kamu berambut jenis kering seperti Markle, ini adalah tips yang sangat berguna untuk kamu. Sekarang, kita sudah tahu rahsia kecantikan rambut bakal puteri England ini, tak sabar rasanya menungu gaya rambut apakah yang bakal Meghan Markle peragakan sewaktu #royalwedding nya bersama Putera Harry, Sabtu minggu ini! We can’t wait!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE