SEARCH

#DiariCantik Selami Rahsia Kulit Lebih Lembap Untuk Kamu Yang Berkulit Sensitif

#DiariCantik Selami Rahsia Kulit Lebih Lembap Untuk Kamu Yang Berkulit Sensitif

Baru-baru ini Laneige menjemput kami ke The RuMa Hotel & Residences untuk merasai pengalaman sulung mendekati pupur wajah terbaru mereka iaitu The Cica Sleeping Mask yang heboh diperkatakan bakal menjadi produk mesti ada di setiap meja solek peminat-peminat Laneige. Ada yang kata, produk ini adalah rahsia kulit lebih lembap buat mereka yang berkulit sensitif. Itu sahaja sudah membuatkan saya begitu teruja dan tidak sabar untuk meneroka bersama tim Laneige.

Rahsia Kulit Lebih Lembap

Rahsia Kulit Lebih Lembap

Penginapan saya  selama satu malam itu membawa saya merasai pengalaman yang menakjubkan. It was indeed a memorable stay, which I highly suggest you guys to experience.

Sebaik tiba di The RuMa Hotel & Residences pada jam tiga petang, saya disambut dengan layanan mesra dari tim Laneige  dan kakitangan hotel ini. Dan lebih membuatkan saya teruja ialah kami seolah seperti sedang ‘bercuti’ apabila melihat dekorasi bilik yang bakal saya inapi malam itu. Isi ruang biliknya walaupun simple namun masih memberi elemen mewah!

Rahsia Kulit Lebih Lembap

Laneige memanjakan kami dengan menyediakan beberapa produk termasuklah produk terbaru mereka iaitu Cica Sleeping Mask. Serius, I can’t wait to try them that night! Setelah sedap bersantai di bilik, kami turun untuk sama-sama untuk menyertai pelancaran (yang juga highlight kepada ‘percutian’ ini) produk terbaru mereka ini. Acara dimulakan tepat jam 7 petang dengan ucapan istimewa daripada Margaret Chin, Pengurus Besar Amorepacific Malaysia.

Rahsia Kulit Lebih Lembap

Majlis pelancaran turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik. Antaranya, kami diberi peluang untuk menguji tahap keanjalan kulit wajah. Pada saya ini suatu aktiviti yang bagus kerana kita berpeluang mengenali dan memahami kulit wajah sendiri dengan lebih dekat dan terperinci. Pelbagai informasi dikongsi mengenai kulit muka saya yang selama ini tidak pernah saya tahu. Sangat bermafaat ya!

Produk Terbaru Laneige, The Cica Sleeping Mask

Rahsia Kulit Lebih Lembap

Dalam mencuba memahami keperluan wanita hari ini, Laneige tampil dengan penerokaan formula baharu yang mengandungi kuasa bahan yang dipanggil ragi hutan (forest yeast). Ia membantu menguatkan lagi penghadang kulit. Bukan itu sahaja, ia juga miliki manfaat penyembuhan semula jadi semalaman saat kamu menyarung pupur Cica Sleeping Mask ini. Tidak seperti Water Sleeping Mask, Cica Sleeping Mask ini berfungsi lebih pantas dan ia disasarkan lebih kepada mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Majlis tamat pada sekitar jam 10 malam, saya terus ke bilik dan mengambil peluang untuk memanjakan diri untuk mencuba produk terbaru mereka ini.

Daripada aplikasi pertama, rasanya seolah seperti mengoles mentega cair pada kulit wajah. Sukar untuk saya gambarkan teksturnya. Malah, ketika itu saya sudah pun terfikir produk ini mungkin teskturnya terlalu kaya untuk kulit wajah yang berminyak seperti saya. Namun anggapan saya itu salah. Setelah menyarungnya dan membiarkan semalaman, ia langsung tidak menyebabkan sebarang ketidakselesaan pada kulit sebelah pagi. Ia malah menjadikan kulit saya terasa lebih lembap dan kemudian meninggalkan rasa yang sangat licin dan berseri-seri pada kulit saya. Yang paling seronok dan menjadi kegemaran saya di mana produk ini tidak mempunyai sebarang aroma yang mengganggu.

Saya gemarkan kulit muka saya bila bangun pagi. So hydrated and fresh! Kulit pun rasa lembut! Pengalaman memakai produk terbaru daripada Laneige ini sangatlah memuaskan!”

Bual Santai bersama Pengurus Bahagian dan Latihan Laneige, Camiellia Choo

Rahsia Kulit Lebih Lembap

1- Boleh kamu kongsikan mengenai produk terbaru Laneige iaitu Cica Sleeping Mask ini? Dan apakah perbezaannya di antara produk yang terbaru ini dengan produk Laneige Sleeping Mask yang lain?

Cica Sleeping Mask menonjolkan bahan unik iaitu ragi hutan (forest yeast). Ia bahan regeneratif yang terdapat di Hutan Gotjawal serta telah dipatenkan oleh Laneige kerana kami dapati bahan ini mengandungi kuasa penyembuhan semula jadi yang mampu menguatkan penghadang kulit ketika seseorang itu tidur dengan khasiat yang intensif sewaktu tidur mereka.

Versi asal Water Sleeping Mask disukai oleh ramai pelanggan, ia amat sesuai untuk semua jenis kulit. Formula pupur sebelum ini mengandungi Root Primrose Hunza Apricot dan Root untuk manfaat detoksifikasi dan membersihkan kulit dalam sekelip mata. Ia juga mempunyai aroma yang telah dipatenkan dan dipanggil Sleepscent TM. Ia berfungsi untuk merehatkan badan dan minda kamu. Maka, kamu akan bangun dengan kulit yang terhidrat dengan baik pada waktu pagi.

Manakala, Cica Sleeping Mask pula adalah penghidratan yang lebih functional yang diperkayakan dengan topeng semalaman yang disasarkan lebih kepada mereka yang mempunyai kulit sensitif. Sekali lagi, Water Sleeping Mask pula adalah rawatan semalaman untuk penghidratan segar dan sesuai untuk semua jenis kulit.

2- Boleh kamu kongsikan, apakah perbezaan di antara sleeping mask ini dan krim pelembap malam?

Pupur sleeping mask ini mengandungi bahan-bahan dan teknologi terpilih untuk memulihkan kulit kamu semasa sedang tidur. Ia mampu meningkatkan keremajaan kulit dan kesan regenerasi sewaktu ‘golden sleeping hour’ kamu (isitlah untuk waktu terbaik tidur yang bermula jam 10 malam hingga 2 pagi). Kamu boleh menggunakan pupur ini diikuti dengan pelembap malam sebelum tidur. Pada saya, produk sleeping mask mampu mengejutkan sensori dalam pada masa yang sama memberi rasa tenang dengan adanya aroma menyenangkan semasa aplikasi.

3- Kenapa kamu rasa pupur sleeping mask ini ialah satu produk mesti ada dalam setiap Beauty Sleep Must Have wanita di luar sana?

Kita kini hidup dalam dunia yang sibuk dengan teknologi pintar dan gaya hidup yang moden. Segalanya ingin pantas dan hidup pula dikelilingi dengan teknologi pintar ini adalah sebahagian daripada rutin harian kita. Begitu juga dengan rejim kecantikan kamu. Sleeping Mask ini adalah seperti rawatan leave-in yang membolehkan kamu memanjakan kulit muka pada malam yang sibuk. Ia meletakkan kulit kamu yang stress sepanjang hari itu untuk berehat membuatkan wajah jadi segar berseri keesokan paginya seolah-olah seperti kamu dibelai dengan sesi manja muka di rumah pada malam sebelumnya itu.

Rahsia Kulit Lebih Lembap

4- Apakah rutin kecantikan do’s dan don’ts sebelum tidur yang boleh kamu kongsikan dengan kami?

Beauty do’s: Tanggalkan solekan kamu dengan teliti setiap malam. Bersihkan secara mendalam dan exfoliate kulit kamu sekali atau dua kali seminggu. Kamu perlu exfoliate kulit supaya kulit dapat menghasilkan sel-sel kulit baru lalu menjadikan kulit wajah lebih lembut dan licin. Saya suka menggunakan topeng tanah pembersih yang mendalam atau produk pengelupasan gentle fruit beberapa kali seminggu. Tidak ketinggalan, saya juga akan memakai krim mata. Ia adalah rutin wajib untuk saya. Saya juga campurkan beberapa ampoule atau minyak muka ke dalam pupur topeng tidur saya pada malam apabila diri merasa sangat letih. Sapukan krim badan kegemaran kamu atau losyen berbau sedap supaya kamu berasa seperti seorang puteri yang dimanjakan. Berilah peluang buat kulit kamu untuk dimanjakan serta nikmati setiap langkah rutin penjagaan kulit kamu itu. Dan paling penting, jangan lupa senyum pada akhir rejim kamu itu haha.

Beauty Don’t: Jangan tidur dengan solekan kamu, jangan skip pelembap atau krim wajah kamu kerana ia sangat penting. Satu lagi perkara, jangan tidur dalam keadaan marah, kamu akan bangun kelihatan lebih tua jika kamu berbuat demikian.

Rahsia Kulit Lebih Lembap

5- Soalan terakhir saya, bolehkah kita gunakan sleeping mask ini di waktu pagi?

Jika kamu pulang lewat dan terpaksa tidur pada sebelah pagi, ya boleh. Gunakan pupur tidur ini apabila kamu sedang tidur kerana itulah masanya kulit wajah kamu dibaiki tanpa sebarang gangguan. Keberkesanan pupur ini akan bersinergi dengan kulit kamu semasa kamu tidur sepenuhnya.

Rahsia Kulit Lebih Lembap

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE