SEARCH

Beyonce Muncul Dengan Trend 80-an Rambut Crimped, Nampaknya Trend Ini Sudah Kembali. Yay or Nay?

Beyonce Muncul Dengan Trend 80-an Rambut Crimped, Nampaknya Trend Ini Sudah Kembali. Yay or Nay?

Rambut Crimped

Apabila trend rambut stail retro membuat kemunculan kembali, saya antara yang teruja sekali (kerana dek bosan melihat gaya rambut moden glamor). Bukan itu sahaja, kita juga dapat saksikan trend rambut crimped (atau bahasa Melayunya dipanggil kelim) ini banyak melatari pentas fesyen SS17. Jadi tidak salah untuk saya katakan mungkin trend ini juga bakal kembali kerana Beyonce turut tampil dengan gaya rambut crimped baru-baru ini!

Saya sukakan gaya rambut Beyonce ini. Dia bukan tampil sekali, malah dua kali dengan gaya rambut ini. Baru-baru ini, dia muncul di Sports Illustrated Sportsperson of the Year Awards dan menyampaikan anugerah Muhammad Ali Legacy Award kepada Colin Kapernick.

Rambut Crimped

 

Buat yang mahu cuba gaya rambut seperti ini, mari saya kongsikan beberapa tip terbaik buat kamu!

#1 Kelim (Crimp) pada bahagian tertentu sahaja

Jika kamu mahu menggayakan rambut stail crimped ini namun tidak mahu nampak seperti terlalu lapuk, cuba gaya crimp ala-ala 2017. Bereksperimen dengan hanya mengelim bahagian-bahagian tertentu sahaja, boleh beri sedikit volum pada bahagian-bahagian tertentu rambut kamu.

#2 Guna Cara Bebas Haba

Kalau kamu tidak mempunyai sebarang peralatan rambut atau juga tidak mahu mengenakan sebarang haba berlebihan pada rambut, kamu juga boleh menggunakan teknik tradisional di mana kamu boleh mengikat tocang halus dan biarkan semalaman. Esok pagi kamu buka setiap ikatan, dan rambut kamu akan semula jadi kelim! Lagi berkesan jika kamu lakukan sesudah mandi, rambut pula dalam keadaan separa basah. Cubalah!

#3 Jadi Se Kreatif Yang Boleh

Jangan takut hendak bergaya dengan gaya rambut ini. Apa yang boleh kamu cuba ialah seperti gayakan rambut jenis crimped ini dalam pelbagai bentuk seperti sanggul, atau tocang. Selain itu, kamu juga boleh lakukakn gaya rambut jenis crimped ini pada bahagian dalam rambut, kemudian bahagian atas dibiarkan lurus untuk mencipta ilusi rambut ber volume.

Lihat lagi gaya beberapa selebriti mengenakan stail rambut crimped ini

Rambut Crimped

Bella Thorne

Rambut Crimped

Gigi Hadid

Rambut Crimped

Tyra Banks

 

Rambut Crimped

Ariana Grande

Jadi, pada pendapat kamu, trend rambut crimped ini yay atau nay?

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE