SEARCH

Transformasi Rambut Kylie Jenner Kepada Potongan Bob Yang Mengejutkan di NYFW

Transformasi Rambut Kylie Jenner Kepada Potongan Bob Yang Mengejutkan di NYFW

Kylie Jenner pertamanya membuat penampilan di pertunjukan fesyen Jeremy Scott di NYFW. Dia dilihat bergaya seksi seperti selalunya dia dengan dress tassle emas dan berambut panjang mengurai. Tetapi sehari selepas itu, dalam banyak-banyak gadis yang menghadiri pertunjukan fesyen Alexander Wang, siapa sangka Kylie lah yang mencuri perhatian kerana rambutnya tiba-tiba terlihat pendek dipotong bob bersama fringe mencecah kening.

Perubahan-Rambut-Kylie-Jenner-2-stailMY

Rambut bobnya ini pula distailkan dengan potongan choppy layers dan dibiarkan basah seperti selepas mandi. Anggaplah ini transformasi rambut front-row paling dramatik dan ekstrem di NYFW kali ini. Biarpun sebenarnya ada juga beberapa laman web yang menulis sebenarnya rambut Kylie memang berpotongan sebegitu. Cuma di pertunjukan Jeremy Scott, dia mengenakan extension panjang mengurai. Pujian memang wajar diberikan kepada adik-beradik Kardashian dan Jenner ini kerana mereka sememangnya yang paling bijak dalam mencetus berita sensasi sebegini.

Lihat sahaja buktinya seperti post-post instagram Kylie. Sehari rambutnya bob dan sehari kemudian rambutnya panjang semula. Maybe we should get to know which hairstylist does she go to for this ever ready transformation.

DropOne @kendallandkylie Coming Soon

A photo posted by Kylie (@kyliejenner) on

Happy Thursday ?

A photo posted by Kylie (@kyliejenner) on

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE