SEARCH

Kiehl’s Bersama John Legend Lancar Pupur Pertama Mereka, Rare Earth – Made Better

Kiehl’s Bersama John Legend Lancar Pupur Pertama Mereka, Rare Earth – Made Better

Sejak tahun lalu, Kiehl’s Since 1851 memperkenalkan Kiehl’s Made Better™ di mana ia adalah platform terbaharu yang membantu menghubungkan usaha berterusan Kiehl’s dalam mengekalkan kemapanan muka bumi. Menerusi formulasi, pembungkusan, pembuatan dan produk kitar semula, kesemua ini adalah antara inspirasi terciptanya platform ini. Dengan itu, Kiehl’s Made Better™ bersama wajah kempen ini, John Legend, dengan bangganya berkongsi dan memperkenalkan produk pertama mereka bersama iaitu pupur Kiehl’s Made Better x John Legend Rare Earth Mask.

Rare Earth

Pupur yang diperkenalkan kembali ini didatangkan khas dalam bentuk edisi terhad. Seperti yang kita semua tahu, ini antara pupur bestseller dan menjadi kegemaran ramai kerana ia memiliki formula klinikal yang membantu mengurangkan penghasilan minyak pada permukaan wajah sebanyak 46.7 peratus. Pupur ini juga berfungsi dalam mengecilkan liang pori, mengembalikan tekstur kulit halus serta menyah sebum berlebihan.

Rare Earth

Yang menariknya tentang pupur edisi terhad ini lagi ialah kerana ia direka khas oleh John Legend sendiri. Dalam menyokong kempen Kiehl’s Made Better ini, pupur ini mempamerkan beberapa keistimewaan yang membuatkan kamu semua harus memiliki pupur ini. Antaranya menerusi pembungkusannya di mana label pada bahagian atas kelalang pupur ini diperbuat daripada beg kacang kopi yang telah ditapis semula. Kelalang pupur ini pula diperbuat daripada 30 peratus plastik yang dikitar semula oleh pasca pengguna. Segala hasil jualan pupur edisi terhad ini juga akan disalurkan ke badan-badan kebajikan berkenaan seluruh dunia.

Menerusi kempen ini juga, Kiehl’s dan John Legend turut mengajak kamu semua bersama-sama melakukan 10 minutes challenge. Di mana, kamu harus menyarung pupur ini, dan keringkan selama 10 minit. Di dalam masa 10 minit itu kamu harus kongsikan idea kamu menggunakan tanda pagar #Better10 . Bak kata Legend, dalam masa 10 minit ini pelbagai benda kamu boleh lakukan antaranya seperti menguruskan barang-barang yang hendak dikitar semula di rumah, menderma ke badan-badan kebajikan dan sebagainya.

Rare Earth

Kata John Legend,

Jika kita boleh menjadikan bumi ini suatu tempat yang baik dalam masa 10 minit, bayangkan apa yang kita boleh capai dalam masa 10 hari, 10 bulan malah 10 tahun…”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE