SEARCH

Rawat Masalah Jeragat & Bintik Hitam dengan Rangkaian Shiseido White Lucent

Rawat Masalah Jeragat & Bintik Hitam dengan Rangkaian Shiseido White Lucent

Bintik hitam serta jeragat antara masalah yang sering dialami kebanyakan wanita. Dan masalah-masalah ini jika tidak dirawat dengan cepat dan betul, mampu membuatkan keseluruhan wajah nampak kusam, gelap dan tidak bermaya. Jeragat, bintik hitam atau lebih dikenali sebagai hyperpigmentation ini berlaku apabila melanin yang banyak terkumpul di sesuatu bahagian wajah. Ia mampu menggelapkan kulit wajah lalu meninggalkan setompok kesan (rona coklat ke hitam) pada kawasan wajah itu.

Dengan adanya rangkaian penjagaan wajah Shiseido White Lucent yang berfungsi dalam mengembalikan kecerahan kulit serta mengurangkan penghasilan bintik hitam pada wajah, kamu tidak perlu risau lagi. Hadir menggunakan formula teknologi PROAPPROACHx2, juga mampu menjadikan kulit wajah bukan sahaja cerah malah berseri dan bersinar.

Menerusi teknologi PROAPPROACHx2, yang menggabungkan dua formula terbaiknya iaitu teknologi PRO Improvement bersama teknologi PRO Resistance ini mampu membina perlindungan utuh buat kulit daripada diserang faktor bintik hitam. Selain itu, Shiseido juga mencipta formula baru iaitu teknologi SAKURAResist di mana ia berfungsi dalam menghentikan penghasilan bintik hitam serta memberi perlindungan penuh pada lapisan epidermal kulit.

Berikut adalah produk-produk sedia ada di dalam rangkaian Shiseido White Lucent

1) OnMakeup Spot Correcting Serum SPF25 PA+++ RM180/4ml

Shiseido White Lucent

Sejenis serum yang menyasarkan pada bintik-bintik hitam di wajah. Diformulasikan dengan teknologi yang mampu mengembalikan kecerahan dan keserian wajah, ia boleh digunakan sebelum dan sesudah memakai mekap.

 

2) Luminizing Infuser RM215/150ml

Shiseido White Lucent

Esen yang cukup lembut formulanya ini namun mampu meresap jauh ke dalam kulit dan menjadikan kulit lebih cerah, berseri serta dibekalkan dengan kadar lembapan yang optimum pada wajah.

3) Luminizing Surge RM250/75ml

 

Shiseido White Lucent

Salah satu rutin dalam penjagaan kulit wajah adalah sapuan emulsi. Emulsi ini dicipta dengan bahan yang lebih aktif dalam merawat bintik hitam. Bukan itu sahaja, ia juga berfungsi dalam menyahkan tanda-tanda pigmentasi dengan menghasilkan satu lapisan pelindung pada kulit wajah.

4) MultiBright Night Cream RM305/50ml

Shiseido White Lucent

Krim malam juga penting kerana ia berfungsi merawat kulit dengan lebih efektif sewaktu kamu tidur. Krim pencerah ini mampu membantu merawat tona kulit tidak sekata yang diakibatkan oleh kulit kusam, parut jerawat serta liang pori ketara.

5) All Day Brightener N SPF 50+ PA++++ RM230/50ml

Shiseido White Lucent

Krim pelembap yang berfungsi dalam mengembalikan serta mengekalkan kadar lembapan pada wajah, mencerah serta melindung kulit sepanjang hari.

 

6) Brightening Skincare Powder RM220 *BARU

Shiseido White Lucent

Item terbaru dalam koleksi Shiseido White Lucent ini sebagai pelengkap kepada rutin pencerahan kamu. Bedak yang berfungsi dalam mengembalikan keserian wajah dan juga sebagai rutin terakhir dalam rutin penjagaan wajah kamu. Ia berkesan dalam melindung serta mengurangkan penghasilan bintik hitam lalu meninggalkan kulit wajah yang lebih lembut, berseri dan sihat.

Cuba juga rawatan spa wajah daripada Shiseido untuk mendapatkan hasil kulit yang lebih berkesan. Rawatan yang diberi nama Shiseido White Lucent Glowing Goddess Facial Treatment ini berfungsi sebagai extra boost pada kulit wajah dengan mengembalikan kadar kecerahan kulit yang lebih tinggi dan efektif. Gabungan rutin penjagaan di rumah dan di spa mampu memberikan hasil yang lebih berkesan. Kulit wajah lebih sihat dan cerah berseri di masa hadapan. Harga rawatan spa ini adalah RM190/90 minit. Boleh didapati di The Gardens, Isetan Suria KLCC, Parkson Pavilion KL, AEON Mid Valley Megamall, AEON Bandar Utama, AEON Kinta City Ipoh, Parkson Ipoh Parade, dan Parkson Gurney Plaza (Penang) menerusi temu janji sahaja. 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE