SEARCH

Saya Kongsi Resolusi Cantik Tahun 2020, Kamu Pun Boleh Ikut Serta

Saya Kongsi Resolusi Cantik Tahun 2020, Kamu Pun Boleh Ikut Serta

Setiap kali tahun baru tiba, pasti teman sekeliling akan bertanya, “Apa azam tahun baru kamu?” Soalan sebegini buat saya berfikir panjang. Memikirkan apa yang hendak saya kecapi pada tahun baharu ini. Ya lah, new year, new me. Yang pastinya hendak berubah menjadi seorang yang lebih baik berbanding sebelum ini. Dan yang paling penting, apabila usia semakin meningkat ini, saya juga punya gol saya tersendiri dalam mencapai kulit wajah sihat dan sempurna. Itulah antara resolusi cantik tahun 2020 saya nanti. Bagaimana pula dengan kamu?

Jika kamu juga punya misi seperti saya (ke arah kulit wajah yang lebih sihat, mulus dan berseri), apa yang penting sudah semestinya kita semua tahu, minum air putih dengan banyak, tidur yang cukup serta labur pada produk penjagaan wajah yang baik adalah antara tip penting harus kamu titik beratkan. Inilah langkah pertama untuk mendapatkan kulit wajah yang kamu diidamkan.

Selain itu, apa yang saya cadangkan juga ialah pilih produk penjagaan wajah yang benar-benar berfungsi dan sesuai dengan kulit wajah kamu. Sememangnya kita didedahkan dengan teknik 12 langkah dalam rutin penjagaan wajah (trend K-Beauty). Dan disebabkan oleh trend ini, ramai daripada kita mula membazir dan membeli produk-produk tanpa berfikir sama ada baik untuk kulit atau tidak. Apa kata tahun baru ini, pilih hanya produk yang betul-betul baik untuk kulit kamu. Rutin penjagaan wajah tidak semestinya harus sehingga 12 langkah. Yang paling penting ialah tiga langkah utama ini iaitu, membersih, melembap serta melindung. Less is more.

Sempena tahun baharu, saya juga berazam untuk tidak lupakan penjagaan kulit bahagian leher dan tangan saya. Ini dua bahagian yang sering diabaikan. Semua orang risau jika wajah nampak menua, namun ramai yang tidak tahu, bahagian leher dan tangan inilah bahagian yang lebih cepat berkedut berbanding bahagian tubuh yang lain. Jadi selepas ini jika sapukan apa jua produk penjagaan wajah, saya tidak akan abaikan bahagian leher dan tangan ini. Dan bukan itu sahaja, jenama kecantikan hari ini juga sudah mula mencipta produk khas untuk penjagaan leher sahaja.

Humidifier atau juga dikenali sebagai alat mengatur kelembapan udara di dalam bilik ini amat penting sebenarnya. Pelbagai jenis masalah kulit boleh diselesaikan jika kulit wajah kamu kekal terhidrat. Salah satu caranya ialah apabila kamu punya humidifier ini sentiasa bersama kamu. Dan sekarang ini, pelbagai bentuk humidifier boleh dijumpai di pasaran dan lebih canggih lagi apabila ia boleh dicucuk di mana-mana corong USB. Jadi kamu boleh gunakan baik di pejabat, kereta, rumah, malah di dalam kapal terbang untuk perjalanan jauh!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE