SEARCH

Kami Kongsi Trend Rona Rambut Pilihan Musim Ini

Kami Kongsi Trend Rona Rambut Pilihan Musim Ini

Sudah tiba masanya untuk kamu mencuba rona rambut baru. Biar penampilan itu nampak lagi segar dan confident. Jika kamu mahukan sesuatu seperti transformasi diri, saya cadangkan kamu cuba ubah warna rambut kamu itu. Ia sudah cukup untuk membuatkan penampilan kamu berubah 360 darjah. Jika kamu tidak tahu, rona rambut pilihan bagaimana yang menjadi trend musim ini untuk kamu cuba, biar kami kongsikan bersama kamu semua. Baik daripada rona pastel sehinggalah ke rona gelap, kamu harus mencubanya ya!

1- Strawberry Blonde

Rona Rambut Pilihan

Rona Rambut Pilihan

Ramai menyangka tidak semua sesuai menyarung rona rambut hangat perang seperti ini kerana faktor tona kulit mereka. Baik kamu yang berkulit gelap mahupun terang, rona strawberry blonde ini bukan bergantung hanya pada satu rona sahaja. Ia punya pelbagai jenis tona daripada warna ini yang mampu dipadankan dengan kamu. Namun di sebalik itu, rona strawberry blonde ini adalah antara rona yang boleh kamu gayakan harian.

2- Pastel Pudar

Rona Rambut Pilihan

Rona Rambut Pilihan

Rona pastel pudar ini kalau dilihat ibarat pembayang pipi untuk rambut kamu. Ronanya lembut sesuai dilayang pada setiap tona kulit. Baik daripada kumpulan palet warna hijau, ungu, merah dan sebagainya, proses pertama kepada semua rona ini adalah proses meluntur. Antara sebab mengapa ramai memilih untuk menghentikan niat mereka mewarna rambut rona seperti ini. Saranan saya, pergi ke salon terbaik jika kamu ingin mengenakan rona ini. Dan pastikan kamu jalani rutin after-care dengan baik di rumah untuk rambut tampak kekal cantik dan berseri sihat.

3- Dirty Brunette

Rona Rambut Pilihan

Rona Rambut Pilihan

Pasti kamu pernah dengar tentang “dirty blondes”, namun pernah kamu dengar istilah “dirty brunettes” pula? Bak kata Penata Rambut Profesional serta pemilik salon Nine Zero One di Los Angeles, Riawna Capri, rona ini bakal menjadi rona hit 2019. Ini adalah antara rona paling natural di dalam kelompok rona brunette. Capri menggambarkan rona dirty brunette ini seperti rona blonde yang lebih gelap dan tampak lebih natural serta miliki suntikan rona-rona smoky. Bak kata Capri lagi apabila menggambarkan tentang rona dirty brunette ini, “It’s not warm or cool, but it’s somewhere in the middle…”  Dan siapa kata rona brunette tidak mampu mengubah penampilan kamu? Cubalah!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE